Thursday, July 1, 2010

Perang Uhud dan Hikmahnya

DISEDIAKAN UNTUK :
ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH :
Azmirul Izzat Bin Zubad
2009220326

TARIKH:
10 MAC 2010

FALKULTI : SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UITM PERLIS

Abstrak
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah SWT. 

Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut...” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)

Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya.Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya

Perang Uhud

Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah SAW.

Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”.
(As-Saff : 4)

Kerana itulah, Rasulullah SAW akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna , tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali

Rasulullah SAW membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah SAW yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah SAW yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir
Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang.dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh

Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah SAW ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah SAW kepada mereka:

“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.

3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.

Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.

Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak.Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah SAW. Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.

Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah SAW dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.

Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.
Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah SAW bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.
Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah SAW yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah SAW yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.
Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah SAW membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.

Kesimpulan
Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah SAW dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.

Rujukan
1.Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti (2000), Fiqh Al-Sirah, Jilid 2,
Terjemahan Ustaz Mohd Darus Sanawi, Dewan Pustaka Fajar.
2.Ahmad Adnan Fadzil (2001),Jihad Peperangan Rasulullah Saw, Jilid 1,Mohd Azman Sastro, Pustaka Syuhada.


No comments:

Post a Comment