Disediakan untuk:
Abd. Aziz Bin Harjin
Disediakan oleh:
Nama:Abdul Rahim Bin Husin
No Matrik:2009468912
Tarikh:11/3/2010
Fakulti:Sains Komputer dan Matematik CS110
Universiti Teknologi Mara Arau Perlis
PENDAHULUAN
Pertempuran Badar adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Pasukan kecil kaum Muslim yang berjumlah 313, orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1,000 orang. Sebelum pertempuran ini, kaum Muslim dan penduduk Mekkah telah terlibat dalam beberapa kali konflik bersenjata skala kecil antara akhir 623 sampai dengan awal 624, dan konflik bersenjata tersebut semakin lama semakin sering terjadi. Meskipun demikian, Pertempuran Badar adalah pertempuran skala besar pertama yang terjadi antara kedua kekuatan itu. Muhammad saat itu sedang memimpin pasukan kecil dalam usahanya melakukan pencegatan terhadap kafilah Quraisy yang baru saja pulang dari Syam, ketika ia dikejutkan oleh keberadaan pasukan Quraisy yang jauh lebih besar. Pasukan Muhammad yang sangat berdisiplin bergerak maju terhadap posisi pertahanan lawan yang kuat, dan berhasil menghancurkan barisan pertahanan Makkah. Allah S.W.T menyatakan bahawa bantuan berupa pasukan malaikat itu adalah untuk memberikan bukti lahiriah yang menenteramkan hati orang-orang beriman. Tetapi selanjutnya Allah S.W.T menegaskan, janganlah menganggap bahwa kemenangan itu karena pertolongan malaikat. Karena sesungguhnya kemenangan dan pertolongan itu datangnya dari Allah S.W.T semata-mata, yang telah berkenan mengirimkan pasukan malaikat tersebut.Para malaikat itu diperintahkan oleh Allah S.W.T seperti Firman-Nya :
“Sesungguhnya Aku beserta kamu sekalian, maka teguhkanlah (hati) orang-orang beriman. Akan Aku timpakan ke dalam hati orang-orang kafir rasa ketakutan. Maka tebaslah leher mereka dan juga jari-jemari mereka”.
(Surah Al-Anfal; Ayat 12)
Abu Dawud Mazani dan Suhail bin Hanif meriwayatkan bahawa, “Ketika kami baru mengarahkan pedang kami kepada lawan, leher mereka telah terpenggal sebelum pedang kami menyentuh mereka”. Kemenangan kaum Muslim juga memperlihatkan kepada suku-suku Arab lainnya bahwa suatu kekuatan baru telah bangkit di Arab. Kekalahan Quraisy dalam Pertempuran Badar menyebabkan mereka bersumpah untuk membalas dendam, dan hal ini terjadi sekitar setahun kemudian dalam Pertempuran Uhud.
PERBINCANGAN
Perang Badar yang meletus antara kaum muslimin dan orang-orang musyrik berlaku oleh beberapa sebab, di antaranya:
1. Pengusiran Kaum Muslimin dari Kota Makkah Serta Perampasan Harta Benda Mereka.
2. Penindasan Terhadap Umat Islam Hingga Kota Madinah
3. Memberi Pengajaran Kepada Quraisy dan Mengembalikan Harta Benda Milik Umat Islam
Ketika itu, perkhabaran tiba kepada tentera Muslim tentang kedatangan tentera Makkah. Nabi Muhammad segera menyeru majlis perang, memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (kaum Ansar) yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah. Di bawah fasa Piagam Madinah, adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera yang lain. Walau bagaimanapun, mereka berjanji untuk berjuang juga, Sa'ad bin 'Ubada berkata, "Jika kamu (Muhammad) mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan."Walau bagaimanapun, pihak Muslimin masih berharap utuk mengelakkan pertarungan yang sengit dan terus mara ke Badar. Pada 15 Mac, kedua-dua angkatan tentera masih berada kira-kira sehari perjalanan dari Badar. Beberapa pahlawan Muslim (termasuk Ali) yang telah menunggang di hadapan angkatan utama menangkap dua orang pembawa air Makkah di telaga Badar. Menyangkakan mereka bersama dengan kafilah perdagang, para pejuang Muslim terkejut apabila mereka mengatakan mereka bersama dengan angkatan tentera Quraisy utama. Sesetengah riwayat turut mengatakan apabila Nabi Muhammad mendengar nama semua bangsawan Quraisy yang mengiringi angkatan tersebut, baginda berseru "Makkah telah melempar kepada kamu cebisan terbaik hatinya" . Nabi S.A.W bersama para sahabat keluar dari Madinah dengan harapan dapat menghadang kafilah dagang Abu Sufyan. Merampas harta mereka sebagai ganti rugi terhadap harta yang ditinggalkan kaum muhajirin di Makkah. Akan tetapi, beberapa orang petugas puak Quraisy pengintai kaum Muslim berhasil mengetahui kedudukan mereka dan Abu Sufyan kemudian langsung membelokkan arah kafilah menuju Yanbu. (Tarikuddin,2008)
Pihak Quraisy di Juhfah, di selatan Badar, mereka menerima pesanan daripada Abu Sufyan yang memberitahu mereka bahawa kafilah telah selamat di belakang mereka, dan mereka boleh pulang ke Makkah. Ketika khafilah dagang Quraisy Makkah mendekati Madinah, Abu Sufyan mulai mendengar mengenai rancangan Muhammad untuk menyerangnya. Ia mengirim utusan yang bernama Damdam ke Makkah untuk memperingatkan kaumnya dan mendapatkan bala tentera. Kaum Quraisy Makkah mempersiapkan pasukan sejumlah 900-1000 orang untuk melindungi kelompok dagang tersebut. Banyak bangsawan kaum Quraisy Makkah yang turut bergabung, termasuk di antaranya Amr bin Hisyam, Walid bin Utbah, Syaibah bin Rabi'ah, dan Umayyah bin Khalaf. Alasan penyertaan mereka masing-masing berbeza, beberapa ikut kerana mempunyai bahagian dari barang-barang dagangan pada kafilah dagang tersebut, yang lain ikut untuk membalas dendam atas Ibnu al-Hadrami, penjaga yang tewas di Nakhlah, dan sebahagian kecil ikut kerana berharap untuk mendapatkan kemenangan yang mudah atas kaum Muslimin. Meskipun demikian, kaum Muslimin merasa cemas kemungkinan yang mereka temui adalah pasukan perang. Oleh kerana itu, senjata yang dibawa para sahabat tidaklah selengkap senjata ketika perang. Namun, Allah berkehendak lain, Allah mentakdirkan agar pasukan tauhid yang kecil ini bertemu dengan pasukan kesyirikan. Allah hendak menunjukkan kehebatan agamaNya, merendahkan kesyirikan.(Ali,1987)
Allah gambarkan kisah mereka dalam firmanNya:
“Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjata-lah yang untukmu (kamu hadapi penat, iaitu kafilah dagang) dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir.”
(Al Anfal: 7)
Pada ketika itu, Abu Sufyan dan beberapa orang lain dari khafilah dagang menyertai bala tentera mereka. Muhammad memimpin pasukannya sendiri dan membawa banyak panglima utamanya, termasuk bapa saudaranya Hamzah dan para calon Kalifah di masa depan, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab, dan Ali bin Abi Talib. Kaum Muslim juga membawa 70 unta dan 3 kuda, yang bererti bahawa mereka harus berjalan, atau tiga sampai empat orang duduk di atas satu unta, dan calon khalifah ketiga Uthman bin Affan tidak ikut serta kerana isterinya sakit. (Crone,1987)
Al Aswad Al Makhzumi, seorang yang bersifat kasar dan akhlaknya buruk. Dia keluar dari barisan orang kafir sambil menentang. Kedatangannya langsung disambut oleh Hamzah bin Abdul Muthalib R.A. Setelah saling berhadapan, Hamzah R.A. langsung menghayun pedangnya hingga kaki Al Aswad Al Makhzumi putus. Setelah itu, Al Aswad merangkak ke kolam dan tercebur di dalamnya. Kemudian Hamzah menghayun sekali lagi ketika dia berada di dalam kolam. Inilah korban Badar pertama kali dalam peperangan. Selanjutnya, muncul tiga penunggang kuda handal dari kaum Musyrikin. Ketiganya berasal dari satu keluarga. Syaibah bin Rabi’ah, Utbah bin Rabi’ah, dan anaknya Al Walid bin Utbah. Kedatangan mereka ditanggapi 3 pemuda Ansar, iaitu Auf bin Harits, Mu’awwidz bin Harits, dan Abdullah bin Rawahah. Namun, ketiga orang kafir tersebut menolak adu tanding dengan tiga orang Ansar dan mereka meminta orang terhandal di kalangan Muhajirin. Kemudian Nabi S.A.W memerintahkan Ali, Hamzah, dan Ubaidah bin Harits untuk maju. Ubaidah berhadapan dengan Al Walid, Ali berhadapan dengan Syaibah, dan Hamzah berhadapan dengan Utbah. Bagi Ali dan Hamzah, menghadapi musuhnya tidak ada kesulitan. Lain halnya dengan Ubaidah. Masing-masing saling melancarkan serangan, hingga masing-masing terluka. Kemudian lawan Ubaidah dibunuh oleh Ali R.A. (Armstrong,1993)
Atas peritiwa ini, Allah abadikan dalam firmanNya:
“Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Rabb mereka (Allah)…”
(Al Hajj: 19).
Pertempuran pun terjadi antara pembela Tauhid dan pembela syirik. Mereka berperang kerana perbedaan prinsip beragama, bukan kerana rebutan dunia. Sementara itu, Nabi S.A.W berada di khemah baginda, memberikan arahan terhadap pasukan. Abu Bakar dan Sa’ad bin Muadz R.A. bertugas menjaga baginda. Tidak pernah putus, Nabi S.A.W sentiasa berdoa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah. Baginda juga sentiasa memberi motivasi kepada para sahabat untuk berjuang. Baginda bersabda, “Demi Allah, tidaklah seseorang memerangi mereka pada hari ini, kemudian dia terbunuh dengan sabar dan mengharap pahala serta terus maju dan pantang mundur, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.” Tiba-tiba berdirilah Umair bin Al Himam Al Anshari sambil membawa beberapa kurma untuk dimakan, beliau bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah syurga lebarnya selebar langit dan bumi?” Nabi s.a.w menjawab, “Ya.” Kemudian Umair mengatakan: “Bakh…Bakh… (ungkapan terkejut). Wahai Rasulullah, antara diriku dan aku masuk syurga adalah ketika mereka membunuhku. Demi Allah, andaikan saya hidup harus makan kurma dulu, sungguh ini adalah usia yang terlalu panjang.” Kemudian beliau melemparkan kurmanya dan pergi ke medan perang sampai terbunuh. Dalam kesempatan yang lain, Rasulullah S.A.W mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke barisan musuh. Sehingga tidak ada satu pun orang kafir kecuali matanya penuh dengan pasir. Mereka pun sibuk dengan matanya sendiri, sebagai tanda kemukjizatan baginda atas kehendak Dzat Penguasa alam semesta. Pasukan kaum Muslimin berhasil membunuh dan menangkap beberapa orang di antara mereka. Ada 70 orang kafir terbunuh dan 27 orang yang dijadikan tawanan. Di antara 70 orang yang terbunuh ada 24 pemimpin kaum Musyrikin Quraisy yang diseret dan dimasukkan ke dalam lubang-lubang di Badar. Termasuk diantara 24 orang tersebut adalah Abu Jahal, Syaibah bin Rabi’ah, Utbah bin Rabi’ah dan anaknya, Al Walid bin Utbah. (Ad al-Husny,1999)
Demikianlah Perang Badar, pasukan kecil mampu mengalahkan pasukan yang lebih besar dengan izin Allah. Allah berfirman:
“…Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al Baqarah: 249)
KESIMPULAN
Daripada keseluruhan peristiwa Perang Badar, dapat kita simpulkan bahawa kita perlulah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah walau apapun keadaan kita, senang ataupun susah. Kita juga boleh mengambil pengajaran dimana kesungguhan puak Ansar yang sanggup berjuang bersama Rasullullah S.A.W, kita juga perlu meningkatkan kesungguhan mempertahankan agama yang dibawa oleh nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, Umair bin Al Himam Al Anshari ada bertanya kepada Rasulullah tentang syurga. Daripada pertanyaan itu, timbullah semangat untuk berperang menegakkan keadilan sehingga mati syahid kerana yakin mereka terhadap janji Allah tentang syurga. Daripada ayat ini, kita dapat menanam semangat juang yang tinggi dalam memperjuangkan Islam semata-mata kerana Allah. Daripada peperangan Badar, kita dapat melihat kesungguhan para sahabat memerangi pihak musuh semata-mata kerana Allah S.W.T. Mereka berjuang menegakkan yang hak walaupun bilangan kaum Muslimin sedikit, hanya 313 orang sahaja. Pendirian dan keimanan yang tersangat tinggi serta rasa kasih dan cinta mereka terhadap Allah S.W.T. serta RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. menyebabkan mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mati syahid dan disertakan yakin mereka terhadap balasan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Penguasa seluruh alam, janji Allah adalah sebenar-benar janji. Keimanan para sahabat jika dibandingkan dengan kita manusia yang lemah, tersangat jauh hanya Allah sahaja yang mengetahui.
RUJUKAN
1.Ad al-Husny,Abu Mus'ad (1999). Sejarah Lengkap Nabi Muhammad S.A.W.Pustaka Ilmi.Fz Enterprise Sdn Bhd
2.Haji Hassan,Tarikuddin(2008). Siri 6.Kisah Nabi Muhammad S.A.W.Perniagaan Jaha Bersa.Power Press & Design(M) Sdn Bhd
3.Ali, Abdullah Yusuf (1987). Kesucian Al-Quran: Teks, Pengalihan & Penerangan, Tahrike Tarsile Qur'an; edisi isu baru.
4.Armstrong,Karen (1993). Penaklukan Tentera Islam, Osprey Publishing.
5.Crone, Patricia (1987). Perdagangan Mekkah dan Kebangkitan Islam, Blackwell.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment