Disediakan Untuk:
Ustaz Abd. Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Normi Binti Ishak
2009457654
Tarikh:
10 Mac 2010
Falkuti Sains Komputer Dan Matematik
Universiti Teknologi Mara
Abstrak
Nama sebenar Nabi Nuh a.s ialahNuh bin Laamak bin Motausyelakh bin Khanoukh-iaitu Idris bin Yarud bin Mahlayal bin Qainan bin Anausy bin Syeets bin Adam a.s, bapa kepada seluruh umat manusia. Menurut catatan Ibnu Jarir dan ulama ahli sejarah lain, beliau telah dilahirkan setelah wafatnya Nabi Adam a.s selama 126 tahun. Mengikut sumber rujukan saya, ruang waktu antara kematian Nabi Adam a.s dan kelahiran Nabi Nuh berjumlah 146 tahun manakala jarak waktu antara kedua-duanya dalam sepuluh abad. Pendapat ini adalah menurut sejarah Ahli-ahli kitab Klasik.
Beliau dilahirkan setelah wafatnya Adam as. selama waktu 126 tahun. Ini adalah menurut catatan Ibnu Jarir serta ulama ahli sejarah yang lain. Manakala menurut para Ahli Kitab Klasik, jarak ruang waktu antara kamatian Nabi Adam as. dan kelahiran Nabi Nuh as. berjumlah 146 tahun. Sifat kesombongan kaum kafir yang tidak mahu menghiraukan nasihat dan ancaman Allah. Namun dengan sifat kasabaran Nuh yang tinggi, beliau tetap meneruskan dakwah ke jalan Allah. Setelah sekian lama, kaum kafir tetap melakukan keingkaran dan menghina beliau serta pengikut-pengikutnya. Beliau pun memohon kepada Allah agar melenyapkan semua orang kafir dari muka bumi ini, dan tidak seorang pun yang perlu ditinggalkan.
Allah telah mengabulkan doanya. Melalui kisah Nabi Nuh ini, teladan yang dapat diambil ialah Balaghah Al-Quran dalam mengungkap terjadinya banjir besar. Selain itu, teladan yang dapat diperolehi ialah keserasian hubungan antara golongan. Sifat yang harus ada pada setiap individu ialah semangat tekad yang kuat. Hubungan kekeluargaan merupakan salah satu faktor dalam membina umat manusia.
Secara kesimpulannya kita dapat melihat kesabaran Nabi Nuh as. yang tinggi dalam menjalankan dakwah kepada umatnya walaupun beliau mendapat tentangan yang hebat. Selain itu, dapt melihat betapa besarnya kuasa Allah dalam menghancurkan kaum Nabi Nuh yang ingkar.
PENDAHULUAN
Nabi Nuh a.s adalah Rasul pertama yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan risalah kepada kaumnya ketika mereka sudah berpaling menyembah patung-patung dan berbuat kezaliman serta kekufuran kepada Allah. Belaiu juga amat terkenal dikalangan umat Islam. Kisah riwayat hidupnya amat digemari oleh ramai umat Islam. Antara salah satu faktornya ialah kerana Nabi Nuh a.s dianggap sebagai manusia yang paling panjang umurnya iaitu kira-kira hampir 1000 tahun lamanya. Manalaka menurut para penulis agama islam mengatakan bahawa umur beliau adalah 950 tahun. . (Luqman Hakim, 2001: 25)
Walaupun umurnya panjang, namun beliau hanya berjaya mengimankan beberapa orang sahaja umatnya. Ini telah menunjukan bagaimana degilnya kaum Nuh setelah mereka diseru supaya beriman kepada Allah. Sewaktu beliau berusia 480 tahun, Allah telah mengutuskannya menjadi Nabi dan Rasul. Walaupun beliau adalah seorang Rasul, namun tetap diduga oleh Allah dengan pelbagai dugaan seperti umatnya enggan menerima ajaran yang dibawa olehnya. Dengan sifat kesabaranya yang tinggi dia tetap menyeru umatnya agar menyembah Allah walaupun ditentang. Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang bijak dan pandai berhujah. . (Luqman Hakim, 2001: 25-32)
Nabi Nuh as. telah berusaha dengan penuh sabar dan bijaksana menyeru umatnya agar menyembah Allah tetapi mereka enggan mengikutnya. Hanya segelintir sahaja umatnya yang mengikut ajarannya iaitu mereka tergolong dalam orang-orang yang lemah dan miskin.
Akhirnya setelah puas beliau menyeru seluruh umatnya untuk tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan tidak memperoleh kejayaan, Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah untuk menurunkan menurunkan seksaan yang amat dasyat kepada umatnya yang ingkar. Doa beliau telah dimakbulkan oleh Allah dan Allah telah berfirman kepadany: “ Engkau perbuatkanlah kapal dengan pertolongan dan petunjuk-petunjuk Kami dan janganlah engkau pohonkan pertolongan kepadaKu tentang nasib orang-orang yang zalim itu, mereka semuanya akan tenggelam.”
1
Sifat umat Nabi Nuh as. yang suka mengejek dan takbur telah melemparkan ejekan dan kata-kata sinis kepadanya. Setelah sempurna kapal yang dibinanya, Allah telah memerintahkan supaya membawa suluruh pengikutnya yang beriman serta binatang ternakan secara berpasangan untuk segera naik ke kapal.
Setelah itu, Allah telah menurunkan malapetaka dengan menurunkan hujan yang lebat dan juga mengeluarkan air dari muka bumi dengan banyak sekali sehingga menenggelami bukit-bukit walaupun ia tinggi sekali pun. Ketika Allah meyelamatkannya daripada angin taufan, beliau melihat dunia menjadi satu lautan. Semantara itu, dia berada diatas bahtera kemudian beliau membaca Laa ilaaha illallah. Oleh itu, Nabi Nuh merupakan nabi yang pertama menyebut kalimah itu. Tidak seorang pun yang dapat menyelamatkan diri dari malapeteka tersebut walaupun putera Nabi Nuh sendiri yang tidak mahu mengikut ajaran yang dibawa oleh ayahnya. (Dr.Ibrahim Rabi’ Muhammad, 2007: 24)
Sebelum Nabi Nuh meninggal dunia, beliau telah mewasiatkan kepada anaknya: “Aku akan berkata kepadamu suatu wasiat. Kamu diperintahkan mengerjakan dua perkara dan dilarang melakukan dua perkara lainnya. Kamu diperintah bersaksi: Laa ilaaha illallah, bahawa tiada tuhan selain Allah serta kalimat Subhaanallahi-wa biham dih yang menjadi kalimat solat segala sesuatu. Yang lainnya, kamu dilarang bersyirik dan sombong.” Mengikut beberapa pendapat golongan tabi’in, makam Nuh berada di lingkungan masjidil Haram. Pendapat ini lebih kuat berbanding pendapat para ahli sejarah yang mengatakan makam Nuh terdapat di Bakrah Nuh dimana didirikan sebuah masjid untuk memperingatinya.
TAKRIF
Kelahiran
Beliau dilahirkan setelah wafatnya Adam as. selama waktu 126 tahun. Ini adalah menurut catatan Ibnu Jarir serta ulama ahli sejarah yang lain. Manakala menurut para Ahli Kitab Klasik, jarak ruang waktu antara kamatian Nabi Adam as. dan kelahiran Nabi Nuh as. berjumlah 146 tahun. Jarak antara keduanya adalah antara sepuluh abad. Manakala menurut riwayat Bukhari, jarak antara Nuh dan Adam ialah satu kurun sama dengan 100 kurun.
Sumbangan Dalam Berdakwah
Setelah mendapat wahyu daripada Allah SWT., Nuh mula menyeru umat-umatnya untuk menyembah Allah. Nuh pernah berkata kepada kaumnya: “ Sesungguhnya aku ini orang yang menyampaikan ancaman Allah dan menerangkan jalan keselamatan kepada kalian. Maka beribadahlah hanya kepada Allah saja, dan janganlah menyukutukan-Nya, kerana saya kuatir kalau kalian akan mendapat azab yang sangat pedih pada hari kiamat nanti.” (Dr. Afif Abdullah, 1983: 84-85)
Sifat kesombongan kaum kafir yang tidak mahu menghiraukan nasihat dan ancaman Allah. Mereka tidak mahu patuh dengan kata-kata Nuh kerana mereka mengatakan nabi haruslah dari kalangan malaikat bukanlah manusia. Selain itu, mereka juga menuduh Nuh dan pengikutnya sebagai orang-orang bohong. (Dr. Afif Abdullah, 1983:86-87)
Namun dengan sifat kasabaran Nuh yang tinggi, beliau tetap meneruskan dakwah ke jalan Allah. Nuh telah mempergunakan metoda diskusi dan mengulangi kekasaran hati mereka dengan mengatakan bahawa dia tidak memandang kepada kebendaan tetapi hanya pahala dan ganjaran daripada Allah. Dengan cara ini telah mempengaruhi mereka, tetapi mereka akan beriman asalkan Nuh menjauhi orang-orang yang lemah. (Dr. Afif Abdullah, 1983:87-90)
Setelah sekian lama, kaum kafir tetap melakukan keingkaran dan menghina beliau serta pengikut-pengikutnya. Lalu Nabi Nuh berasa putus asa atas segala kemampuannya dalam memberi petunjuk pada kaumnya, ternyata mengalami jalan buntu. Beliau pun memohon kepada Allah agar melenyapkan semua orang kafir dari muka bumi ini, dan tidak seorang pun yang perlu ditinggalkan.
Allah telah mengabulkan doanya. Allah telah menurunkan malapetaka iaitu banjir yang amat besar dengan menenggelamkan seluruh muka bumi dan tidak ada seorang kaum kafir yang terselamat walaupun putera Nuh sekali pun kecuali orang-orang mukmin yang mengikut Nuh menaiki bahtera.
Teladan Yang Dapat Diambil
Melalui kisah Nabi Nuh ini, teladan yang dapat diambil ialah Balaghah Al-Quran dalam mengungkap terjadinya banjir besar. Peristiwa ini merupakan salah satu azab yang amat pedih yang ditimpakan oleh Allah terhadap orang-orang kafir. Al-Quran tidak menyebut: “ Hai bumi telanlah airmu maka ditelanlah air, dan hai langit berhentilah maka berhentilah hujan itu.” Ini kerana kalau mempergunakan kalimat itu akan mendatangkan keraguan terhadap keagungan Allah.
Selain itu, teladan yang dapat diperolehi ialah keserasian hubungan antara golongan. Pada zaman Nabi Nuh, terdapat golongan yang kaya dan terhormat serte golongan kaum buruh dan fakir. Golongan kaum buruh dan fakir menerima ajaran yang dibawa oleh Nuh tetapi tidak golongan yang kaya dan terhormat. Mereka merasakn tidak layak untuk bersama dengan orang yang lebih rendah darjatnya.
Sifat yang harus ada pada setiap individu ialah semangat tekad yang kuat. Nabi Nuh merupakan salah seorang yang layak diambil contoh. Nuh tetap berdakwah secara terus-menerus walaupun beliau tahu bahawa dakwahnya itu mendapat tentangan yang hebat. Beliau juga masih tidak gentar dengan ancaman-ancaman yang diberi oleh kaum kafir.
Hubungan kekeluargaan merupakan salah satu faktor dalam membina umat manusia. Islam banyak memberi perhatian serta menekankan tentang masalah keluarga, ini kerana masalah dan tabiat manusia bergantung kepada baik atau buruknya sesebuah keluarga itu. Dalam kisah Nabi Nuh, Nuh amat menyayangi anaknya sehingga beliau memohon kepada Allah untuk menyelamatkan anaknya dari malapetaka yang amat darsyat walaupun anaknya juga seorang yang ingkar dengan perintahnya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya kita dapat lihat keunggulan Nabi Nuh as. yang diutuskan oleh Allah sebagai Rasul dan Nabi kepada umatnya pada masa itu. Sifat kesabaran yang tinggi yang diberi oleh Allah kepadanya telah membantu beliau ketika berliau berdakwah ke jalan Allah. Dengan kebijaksanaan beliau juga telah berjaya menarik beberapa orang kaumnya untuk mengikut ajaran yang dibawa olehnya. Kaum Nabi Nuh as. merupakan kaum yang menyembah berhala iaitu Paganis. Oleh itu, Nuh telah menyeru kaumnya untuk kembali ke jalan yang benar iaitu dengan menyembah pencipta yang sebenar iaitu Allah swt. Namun, sikap mereka yang takbur dan angkuh tidak mahu menerima ajaran yang dibawa oleh Nuh. Mereka juga tidak percaya bahawa Nuh adalah Rasul yang diutuskan oleh Allah, kerana mengikut mereka Rasul haruslah dari golongan para malaikat bukannya dari golongan manusia sendiri. Hanya golongan fakir dan lemah sahaja yang mengikut ajaran Nuh. Setelah sekian lama mengerahkan segala kemampuan dalam memberi petunjuk kepada kaumnya, ternyata beliau menjadi buntu. Lalu Nuh telah berdoa kepada Allah untuk menurunkan bala kepada kaumnya yang pendusta tetapi selamatkanlah dirinya serta orang-orang mukmin. Allah telah mengabulkan doa Nuh, lalu menghendakinya untuk membina sebuah tempat perlindungan kepada mereka iaitu sebuah bahtera yang besar. Setelah siap membina bahtera tersebut, Allah telah menurunkan hujan beserta taufan yang kuat dan mengeluarkan air dari muka bumi dengan mencurah-curah sehingga menenggelamkan seluruh muka bumi. Akibat daripada itu, tiada seorang pun yang terselamat dari bencana yang hebat itu termasuk putera serta isterinya yang ingkar dengan kata-katanya. Setelah bahtera Nuh berlabuh di atas gunung dan bumi telah menelan airnya, Allah telah memerintah beliau turun ke daratan. Akhir daripada kisah Nabi Nuh ini Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad saw.: “Kisah Nuh dan kaumnya yang Kami ceritakan kepadamu adalah perkara ghaib; kamu serta kaummu tidak mngetahuinya sehingga Kami menurunkan wahyu kepadamu. Maka sabarlah menghadapinya sepertinya kesabaran Nuh dahulu kerana keberuntungan kamu akan diperoleh seperti yang pernah diperoleh oleh Nuh dahulu.”
RUJUKAN
1.Hakim, Luqman (2001). Sejarah Para Ambiya’. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, m/s 25-32
2.Muhammad, Rabi’, Ibrahim, Dr. (2007). Orang-orang Pertama Dalam Islam. Johor Bahru, Johor: Perniagaan Jahabersa, m/s 24.
3.NurulHas (2000). Himpunan Kisah-kisah Teladan 3, jilid 3. Gombak, Kuala Lumpur: Majujaya Indah Sdn.Bhd, m/s 33.
4.Abdullah, Afif, Dr. (1989). Nabi-nabi Dalam Al-Qur’an. Klang, Selangor Darul Ehsan: Klang Book Centre, m/s 81-107.
5.Muhtar Aes Asmaji (2002). Kisah Para Nabi Dan Teladan Bagi Orang Yang Berakal, terjemahan. Johor Bahru, Johor: Perniagaan Jahabersa.
Thursday, July 1, 2010
Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam
Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Nur Syahira Binti Ismail
2009211392
Tarikh:
10 Mac 2010 / 24 Rabiulawal 1431
Fakulti Sains Komputer Dan Matematik
Cs110
Universiti Teknologi Mara (Uitm)
ABSTRAK
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan.
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina.
PENDAHULUAN:
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku.
Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat,tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi.
Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya.
Kedua,Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan.
Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN:
1.H. Zainol Abidin Ahmad.1974.Ibnu Siena (Avicenna) Sarjana dan Filosoof Besar Dunia. Penerbit Bulan Bintang Jakarta.
2.Sayyed Hussein Nasr.1986.Tiga Pemikir Islam Ibnu Sina Suhrawardi Ibnu Arabi. Penerbit Risalah Bandung.
3.Maimon Husin,Apendi Sahi, Mohammad Zaini Yahya,Zulhazmi Omar. 2008. Pendidikan Islam SPM. Sasbadi Sdn. Bhd.
4.1994. Ensiklopedia Islam Jilid 2 (F-K).PT Ichtiar Van Hoeve. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
5.1994.Ensiklopedia Islam untuk Pelajar, Jilid 2 (Bud-Idr). Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM): Era Visi Publication Sdn.Bhd.
6.1996. Ensiklopedia Dunia Jilid 2 (I-J). Global Arabic Encyclopedia , Darwana Sdn.Bhd.
7.Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
8.M.M. Syarif,M.A.1985. Para Filosof Muslim. Penerbit Mizan.
9.Ismail Hamid. 1982. Asas Kesusasteraaan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kelahiran Dan Sumbangan Imam Syafi’i
Disediakan Untuk:
Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Fatin Munira Binti Amran
2009623218
TARIKH:
10 MAC 2010
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
ABSTRAK
Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas. Manakala ibunya ialah Fatimah binti Abdullah bin Hussin bin Ali bin Abu Talib.Beliau berasal dari keturunan Quraisy dan ada kaitan dengan keturunan Rasulullah s.a.w.Bapanya meninggal semasa beliau masih dalam kandungan.Beliau dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan
Imam as- Syafi’i dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang dengan cahayanya. Imam Syafie mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair. Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah.Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam.
Secara kesimpulannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafi’i mencari ilmu sehingga ilmu figh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang.Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulamak.
PENDAHULUAN
Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas. Manakala ibunya ialah Fatimah binti Abdullah bin Hussin bin Ali bin Abu Talib.Beliau berasal dari keturunan Quraisy dan ada kaitan dengan keturunan Rasulullah s.a.w.. Bapanya meninggal semasa beliau masih dalam kandungan.Beliau dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang denagn cahayanya.Beliau digelar as-Syafi’i sempena nama datuknya Syafi’i bin al-Saib. Imam Syafi’i telah difitnah bahawa beliau menjadi pemimpin gerakan Syiah dan menentang kerajaan Abbasiah di Baghdad(Apendi,2007:138).
Dalam diri syafi’i terkumpul pemikiran ulama Makkah,Madinah,Iraq dan Mesir.Imam Syafi’i banyak mempunyai banyak guru yang hampir semuanya ahli ulama terkenal.Karya Imam Syafi’i dalam bidang fikah dan usul figh ialah kitab al-Umm dan al-Risalah.Kitab yang terakhir ini merupakan buku pertama dalam bidang usul figh.Menurut ahli sejarah,kitab ini ditulis oleh Syafi’i ketika beliau di Baghdad atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi,ulama hadis yang pada masa itu berada di Makkah.Imam Syafi’i memberi judul kepada bukunya al-Risalah yang bermaksud “sepucuk surat”,kerana buku itu merupakan surat Syafi’i kepada Abdurrahman.( Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:112)
Imam Syafi’i mempunyai banyak murid yang telah mempelajari ilmu darinya.Antara muridimam Syafi’i yang terkenal ialah Al-Rabi bin Sulaiman al-Marawi,Abdullah bin Zubair al-Hamidi,Yusuf bin Yahya al-Buwaiti Abu Ibrahim,Isma’il bin Yahya al-Muzani,Yunus bin Abdul A’la al-sadafi dan banyak lagi. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis 24 Rejab selepas Isyak tahun 204H/820 ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Khandak.(Maimon Husin, 2007:138)
TAKRIF
Kelahiran
Imam as- Syafi’i dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang denagn cahayanya.Beliau digelar as-Syafi’i sempena nama datuknya Syafi’i bin al-Saib.Bapa Imam Syafi’i meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan dan beliau dilahirkan setelah dua tahun berada dalam kandungan ibunya.Ibunya bernama Fatimah al-Azdiah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. (Apendi,2007:138).
Pembelajaran
Imam Syafi’i mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair.Beliau telah mempelajari ilmu fiqh dengan Imam Muslim al-Zanji, seorang guru besar dan mufti Makkah ketika itu sehingga gurunya mengakui kebolehannya dan boleh mengajar orang lain serta mampu memberi fatwa ketika berusia 15 tahun.(Mohammad zaini ,2007:139)
Beliau telah mempelajari ilmu hadis dengan Imam Sufian bin Ainah, seorang ulama hadis terkenal di Makkah.Beliau mempelajari ilmu al-Quran dengan Imam Ismail Kustantin dan beberapa guru lain dari pelbagai ilmu pengetahuan. Beliau mendalami bidang bahasa Arab selama 20 tahun.(Mohammad zaini ,2007:140)
Bidang ilmu lain yang menunjukkan Imam Syafi’i seorang yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu fiqh, tafsir, hadis dan ilmu tajwid.Imam Syafi’i sangat mengutamakan ilmu pengetahuan dan disiplin masa 1/3 malam untuk berehat,1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan,1/3 malam untuk beribadat.Bukti kegigihan imam Syafi’i menuntut ilmu pengetahuan ialah mengutip kertas-kertas terbuang untuk mencatat ilmu yang dipelajari,kertas catatan yang banyak menyebabkan biliknya menjadi sempit,bersungguh-sungguh menghafaz semua catatan tersebut agar biliknya kemas dan selesa.(Zulhazmi0mar,2007:139) 2
Beliau juga mampu menghafaz hanya selama 9 hari isi kitab al-Muwatta karangan Imam Malik ketika berusia 10 tahun.Beliau sanggup merantau jauh dari Palestin ke Madinah ketika berusia 20 tahun kerana ingin belajar dengan Imam Malik yang termahsyur ketika itu. Sepanjang perjalanan beliau membaca al-Quran sehingga khatam 16 kali.Beliau juga dapat menghafaz al-Quran, al-Hadis, dan buku-buku yang sukar dibelinya. Beliau menjelajah benyak tempat untuk menuntut ilmu dari pelbagai tempat seperti Makkah, Madinah, Iraq, Farsi, Palestin, Yaman, Baghdad, Kufah, Basrah dan Mesir.(Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:112)
Imam Syafi’i adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada ilmu pada Al-Quran,Hadis,Ijmak,Ulama,Qias dan Masolih Al-Mursalah.Beliau mengeluarkan pendapatnnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas sekiranya sesuatu masalah itu.Beliau mengeluarkan pendapatnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas sekirannya sesuatu masalah itu tidak terdapat dalam sumber-sumber tersebut. (Mohammad zaini ,2007:141)
Pendapat Imam Syafi’i mudah diterima oleh sebahagian besar umat islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana,masyarakat ,dan adat resam sesuatu kaum.Imam Syafi’i melarang para sahabat dan murid-muridnnya bertaklid semata-semata,iaitu menurut saja pendapat yang dikeluarkan para ulama mengenai hukum.Beliau menyarankan mereka agar berusaha untuk mendapatkan hujah daripada al-quran dan al-hadis. (Mohammad zaini ,2007:142)
Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah.Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam.Aliran fiqh Imam Syafi’i dapat berkembang dengan cepat dan mudah diterima kerana beliau berjaya menggabungkan aliran naqli dan aliran aqli.Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini. .(Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:113)
Beliau juga dianggap sebagai pelopor bagi ilmu usul fiqh serta pengasas kepada Mazhab Syafi’i.Beberapa pemikiran beliau telah menjadi pegangan dalam Mazhab Syafi’i.Imam Syafi’i melarang sahabat dan muridnya bertaklid, iaitu mengikut sahaja pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa dari ulama mengenai hukum. (Zulhazmi 0mar,2007:139)
Beliau meminta supaya berusaha mendapatkan dalil dari al-Quran atau Hadis.Beliau juga melarang sahabat dan muridnya melakukan bida’ah, iaitu mengada-adakan perkara baru dalam ibadat atau agama kerana boleh menyesatkan.Beliau juga meletakkan asas kaedah fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul fiqh. .(Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:114)
Pada tahun 198 Hijrah terdapat fahaman dari aliran Syiah, Muktazilah dan Khawarij serta fahaman Zindik yang kafir di Baghdad. Khalifah meminta beliau menyelesaikan dan Imam Syafi’i telah berangkat ke sana serta dapat menyelesaikannya.Di Baghdad juga terdapat dua fahaman mengenai fiqh, iaitu aliran Ahli as-Sunah,aliran al-Ra’yu, iaitu berpegang kepada rasional atau akal.Imam Syafi’i berpegang kepada aliran Ahli as-Sunah tetap mempertahankannya dengan memberi hujah sehingga beliau digelar dengan Nasru as-Sunah maksudnya pembela sunah.Imam Syafi’i menempatkan hadis di kedudukan yang tinggi,bahkan sama kedudukannya dengan al-quran sebagai sumber hukum islam.Menurut beliau,hadis berkaitan rapat dengan al-quran.Oleh sebab berkaitan dengan al-quran.Oleh sebab itu,beliau diberi rujukan pembela sunnah(nasir al-sunnah).( Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:113)
Selain al-quran dan sunnah,beliau juga berpegang kepada iaitu hasil kesepakatan para sahabat tentang hukum sesuatu masalah.Kias(penetapan hukum terhadap sesuatu yang belum ada nasnya berdasarkan yang sudah ada kepastian hukumnya kerana kesamaan ilat) merupakan salah satu dasar untuk kepastian hukum islam.Jika hukum sesuatu persoalan tidak jelas,harus dilakukan ijtihad melalui kias.Mazhab Syafi’i berkembang dengan pesat di Afrika Utara,Mesir,IndoChina,Sri Lanka, dan Malaysia.Mazhab Syafi’i lebih terkenal daripada mazhab lain kerana ia lebih intelektual dan dinamik. ).( Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:113)
Kelebihan Imam Syafi’i dalam mengingati sesuatu ilmu dan kebijaksanaannya dalam berdebat menjadikan mazhab ini lebih dikenal di seluruh dunia.Selain itu,kitab al-umm merupakan kitab fikah yang paling unggul kerana mengemukakan pendapat aliran Mazhab
Syafi’i yang jelas dan lengkap dengan dalil-dalilnya.Al-umm adalah sebuah kitab ilmu fikah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci.Kitab ini begitu terkenal kerana susunan gaya bahasanya yang tepat,jelas dan mudah difahami dalam membahaskan sesuatu perkara.Sehingga kini kitab Al-umm terus menjadi rujukan utama bagi umat islam. .( Drs.Afifi Fauzi Abbas,1994:112)
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafi’i mencari ilmu sehingga ilmu figh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang.Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulamak.Hal ini menyebabkan beliau dapat melatih diri beliau menjadi seorang yang berpandangan luas dan dapat menhuraikan sesuatu perkara dengan mendalam.Beliau juga amat terkenal dengan kelebihan yang dimilikinya yang tidak terdapat pada ulamak lain seperti cekap berucap dan menulis.Beliau juga mempunyai banyak murid.Hal ini menyebabkan ilmu yang diajar kepada anak muridnya dapat disebar kepada orang lain dengan cepat.Beliau juga amat dikenali sebagai penyusun pertama ilmu figh sebagai satu displin ilmu.Al-Risalah ialah buku pertama yang memuatkan masalah ilmu figh secara sistematik.Kita dapat juga mencontohi Imam Syafi’i yang menguasai pelbagai bidang ilmu.Dalam bidang ilmu hadis,beliau merupakan tokoh yang disegani dan dinamai nasir al-sunnah(pembela sunnah).Imam Syafi’i meletakkan kriteria penerimaan hadis untuk menghindarkan kemasukan hadis palsu.Dalam bidang fikah pula,beliau merupakan orang pertama yang membukukan pendapat fikahnya dengan sistem perbahasan yang baik.Dalam bidang ilmu figh,beliau merupakan pengasas ilmu figh .Beliau orang pertama yang menyusun buku usul figh sebagai asas bagi setiap mujtahid untuk berijtihad.Oleh itu, saya berharap ulasan saya tentang serba sedikit mengenai Imam Syafi’i dapat memberikan pengetahuan kepada mereka yang berkeinginan mempunyai pemahaman tentang figh islam,gambaran tentang Imam Syafi’I serta fighnya.Saya juga berharap kesungguhan Imam Syafi’i dalam menuntut ilmu dapat menjadi panduan pada zaman sekarang untuk menjadi seorang manusia atau pelajar yang cemerlang dalam hidup.
TUJUKAN
• Husin,Maimon (2007).Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5. Selangor Darul Ehsan,Malaysia : Sasbadi Sdn.Bhd, m/s 138.
• A.Wal’Aqil,Dr.Muhammad (2002). Manhaj Aqidah Imam Syafi’i. Maktabah Adhwa as-Salaf Riyadh Saudi Arabia :Pustaka Imam Syafi’i, m/s 34.
• Abd. Hameed,Hamil@Amir (2008). Nexus Target SPM Tingkatan4&5 Pendidikan Islam. Petaling Jaya,Malaysia : Sasbadi Sdn Bhd, m/s143.
• Rifin,Rosnani, Mamat,Nor Aslina, Omar,Nurul Hudha, Salehudin,Junaidah (2010). Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM m/s 100. Selangor,Malaysia : PIN Neuron (M) Sdn Bhd, m/s32
• Fauzi Abbas,Drs Afifi(1994).M.A Ensiklopedia Islam m/s 112,113.Ptichtiar baru Van Hoeve.

Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al-Khattab Dalam Tamadun Islam
Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Nur Hafizah Binti Abdullah
2009814306
Tarikh Dihantar:
10 March 2010 / 24 Rabiul Awal 1431
Diploma Sains Komputer (Cs110)
Fakulti Sains Komputer Dan Matematik
Abstrak
Tajuk:
Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al-Khattab Dalam Tamadun Islam
Pengenalan:
Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w. Nama sebenarnya, Umar bin Al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani,tegas, dan berterus terang dalam menyatakan pendapat. Beliau digelar al-Faruq kerana dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Mempunyai pekerti yang jujur sejak dari kecil, baik hati, dan memiliki beberapa sifat mulia. Memeluk Islam enam tahun selepas baginda menerima wahyu, akhirnya Islam terus berkembang. Semasa hijrah, beliau dengan beraninya keluar secara terang-terangan. Wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah negara kira-kira 10 tahun. Dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w..
ISI :
Terdapat beberapa cara pemilihan dan pelantikan Khalifah Umar al –Khattab. Pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, iaitu ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai. Setelah hampir 10 tahun memerintah, khalifah kedua al-khulafa ar-Rasyidin ini telah memberi sumbangan yang banyak kepada orang ramai pada zaman tersebut. Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya. Sumbangan beliau adalah merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, ketenteraan dan pendidikan. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki itu mengantarkannya terpilih menjadi wakil kabilahnya. Beliau selalu diberi kepercayaan sebagai utusan mewakili kabilah quraisy dalam melakukan perundingan-perundingan dengan suku-suku lain. Keunggulannya berdiplomasi membuatnya popular di kalangan berbagai-bagai suku Arab. Nabi s.aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani, tidak mengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Oleh itu, untuk kepentingan perjuangan Islam, Nabi s.a.w pernah berkata, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada Amr bin Hisyam atau Umar bin Khattab.” Doa Nabi s.a.w. di perkenankan Allah s.w.t dengan Islamnya Umar sekitar tahun 616.Khalifah Umar telah menunjukkan banyak contoh keadilan yang dilakukannya sepanjang pemerintahannya.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, Umar bin al-Khattab telah memberi banyak sumbangan kepada tamadun Islam. Syariat Islam telah diamalkan sepenuhnya dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. dipraktikkan dalam kehidupan beliau. Ramai tokoh ilmuan terkenal wujud pada zaman ini kerana keutamaan ilmu ditekankan oleh khalifah. Umar bin al-Khattab adalah antara sepuluh orang sahabat nabi yang dijamin masuk syurga. Nabi s.aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani, tidak mengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Sikap Umar ini haruslah dijadikan teladan dan patut diterapkan dalam setiap diri umat Islam.
Khalifah Umar bin al-Khattab sentiasa menekankan perpaduan di kalangan penduduk dalam kawasan Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan. Setelah hampir 10 tahun beliau memerintah kerajaan Islam, beliau wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun. Dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.
PENDAHULUAN
Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w. . Sebelum memasuki Islam, Umar Bin al-Khattab adalah salah seorang musuh Nabi Muhammad s.a.w. Namun setelah memeluk Islam, baginda menjadi sahabat Rasulullah s.aw., malah dipilih sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakar as-Siddiq.Umar merupakan seorang mujtahid dan salah seorang al-Khulafa ar-Rasyidin. Umar diputerakan pada tahun 581 M. Baginda berasal daripada suku Adi yang masih termasuk dalam rumpun Quraisy. Beliau amatlah dipandang mulia dan mempunyai martabat yang tinggi. Sejak muda, Umar dikenali sebagai orang yang berani. Ketika Umar masuk Islam banyak keluarganya dan tokoh Arab yang lain mengikut jejaknya sehinggalah jumlah umat Islam semakin banyak dan dakwah Islam dilakukan secara terang-terangan. Ketegasan dan keberanian Umar merupakan kekuatan besar dalam pengembangan Islam selanjutnya.
Apabila mengetahui bahawa adindanya dan suaminya memeluk Islam, beliau sangat murka. Umar segera menemui adindanya dan dengan penuh perasaan memukul Fatimah serta suaminya. Namun kemudian, Umar terlihat sekeping lembaran bertuliskan ayat al-Quran. Ketika membacanya, perasaannya menjadi tenang dan damai. Timbul keinginan kuat dalam dirinya untuk menemui Rasulullah s.a.w. Umar pun memeluk Islam.
Sebelum mangkat, Abu Bakar memanggil beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandangan mereka tentang pemilihan khalifah yang akan menggantikannya. Umar merupakan calon tunggal Abu Bakar dan para sahabat bersetuju dengan pilihannya itu. Pada 13 H/634 M, Umar dilantik menjadi khalifah kedua dengan gelaran “Amirulmukminin” (panglima orang beriman). Umar merupakan pemimpin yang ideal. Namun kelebihannya itu menyebabkab musuhnya iri hati. Pada 26 Zulhijah 23 H, baginda ditikam oleh Abu Lu’lu’ah sehingga mangkat ketika hendak mengerjakan solat subuh.
Umar sangat dikagumi oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang lain. Nabi menggelarnya al-Faruq yang bererti dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.
Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.
Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.
Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitumal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar telah diberikab gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Ketika menjadi khalifah, Umar bin al-Khattab membuat beberapa dasar dalam pemerintahan. Baginda meluaskan wilayah secara besar-besaran, sehingga tempoh pemerintahannya dikenal dengan nama futahat al-islamiyyah (peluasan wilayah islam) dan pembahagian wilayah islam. Baginda juga membentuk badan pemerintah dan membuat Dustur ‘Umar atau Risalah al-Qada’ (prinsip keadilan).
Di kalangan ahli fikah, Umar juga dikenali sebagai sahabat Nabi yang berani melakukan ijtihad. Baginda, misalnya mengusulkan solat tarawih secara berjemaah, penambahan kalimat al-salatu khairun minan-naum (sembahyang itu lebih baik daripada tidur) dalam azan subuh. Baginda juga mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat al-Quran.
Khalifah Umar adalah orang pertama yang mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat-ayat al-Quran. Ketika itu ayat-ayat al-Quran tersebar di pelbagai kepingan batu, pelepah kurma, tulang-belulang, dan sebagainya. Tempatnya yang berselerakkan di tangan para sahabat, tidak terkumpul dalam satu tempat. Pada masa Nabi s.a.w. cukup ramai sahabat yang menghafaz al-Quran sehingga mengumpulkan tulisan-tulisan al-Quran belum di rasa perlu. Akan tetapi, pada masa khalifah Abu Bakar, terjadi banyak peperangan yang di dalamnya gugur ramai sahabat penghafaz al-Quran.
Setelah Islam, Umar menjadi salah seorang sahabat Nabi s.a.w. terdekat. Begitu dekatnya, sampai Nabi s.a.w. pernah berkata, “Andaikata masih ada nabi sesudahku, Umarlah orangnya.” Dia juga di gelari oleh Nabi s.a.w. dengan al-Faruq, ertinya pembeza(pemisah). Maksudnya, Allah telah memisahkan dalam dirinya antara yang hak dan yang batil. Hanya Umar yang begitu berani mengemukakan fikiran-fikiran dan pendapatnya di hadapan Nabi s.a.w. berada di Kaabah, Nabi s.a.w. lalu menunjukkan kepadanya makam Ibrahim. Seketika Umar bertanya apakah di situ boleh dilakukan solat? Nabi s.a.w. menjawab bahawa hal itu belum diperintahkan. Lalu hari itu juga turun wahyu yang membolehkan solat di makam Ibrahim itu. Selain itu, Umar mengusulkan kepada Nabi s.a.w. agar memerintahkan isteri-isterinya menggunakan hijab(tirai), maksudnya agar berbicara dengan tamu-tamunya dari belakang hijab sebab menurut Umar, yang berbicara dengan mereka bukan semuanya orang baik-baik melainkan ada juga orang jahat. Tidak lama kemudian turunlah ayat tentang , hijab yang membenarkan pendapat Umar itu.
Umar juga banyak menangani perselisihan yang terjadi di kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w. Pandangan yang jauh ke depan, toleransi, dan keadilannya membuat orang senang menerima pendapatnya. Hal ini juga terlibat ketika Rasulullah s.a.w. wafat dan timbul perselisihan antara kaum Ansar dengan Muhajirin di Saqifah mengenai pengganti Rasulullah s.a.w. Umar dengan tangkasnya melerai perselisihan.
Sebagai khalifah, Umar dikenali sangat adil dalam menjalankan pemerintahannya. Dia tidak membezakan antara tuan dengan hamba, kaya dengan miskin, dan penguasa dengan rakyat jelata. Semuanya mendapat layanan yang sama. Yang salah dihukum dan yang benar dibelanya. Banyak di dapati riwayat yang disampaikan oleh Anas bin Malik, bahawa suatu ketika dia sedang duduk bersama Umar. Lalu datang seorang penduduk Mesir mengadukan perihal kezaliman Amr bin As, gabenor Mesir. Dengan serta merta Umar mengirim surat kepada Amr bin As agar segera menghadap Umar di Madinah. Setelah Amr datang, dia pun diadili dan ternyata bersalah. Umar lalu menyuruh penduduk yang teraniaya itu membalas sesuai dengan perlakuan yang diterimanya.
Meskipun telah menjadi khalifah, Umar tetap dekat dengan rakyatnya. Di ceritakan bahawa setiap malam dia mengeliling mengamati keadaan rakyatnya. Dia khuatir kalau-kalau diantara mereka yang mengalami kesulitan seperti sakit atau kelaparan. Bila ditemukan, dia tidak segan memberikan bantuan langsung, bahkan sering dijumpai Umar mengangkat sendiri bahan makanan untuk orang yang memerlukannya.
Umar juga sangat takut untuk mengambil harta kaum muslimin tanpa alasan yang kuat. Dia berpakaian sangat sederhana, bahkan tidak sesuai untuk dipakai oleh seorang pembesar sepertinya. Umar meneladani perilaku Rasulullah s.a.w. dalam seluruh aspek kehidupannya. Prinsip hidup sederhana juga diterapkan oleh Umar di kalangan keluarganya. Isteri dan anak-anaknya dilarang menerima pemberian dalam bentuk apa pun daripada para pembesar mahupun daripada rakyatnya.
Di bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi.
Di bidang pentadbiran pemerintahan, Umar berjasa membentuk Majlis Permusyawaratan, Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagi wilayah Islam ke dalam 8 wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah Makah, Madinah, Syiria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Pelestin. Untuk masing-masing daerah itu, diangkat pegawai khusus selaku gabenor. Gaji mereka mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran percukaian juga diperkemaskan.
Polisi pentadbiran Umar al-Khattab adalah menyusun semula pentadbiran tanah yang dimiliki oleh tentera Islam, tidak membahagikan lagi tanah kepada tentera Islam sebagai ghanimah malah dijadikan harta negara. Hal ini adalah bagi mengelakkan perebutan oleh tentera dan perbuatan negatif untuk memiliki tanah. Para sahabat juga tidak dibenarkan keluar dari kota Madinah kecuali apabila diizinkan.
Untuk kepentingan pertahanan, keamanan, dan aturan dalam masyarakat, didirikan lembaga kepolisian, angkatan tentera dengan tentera berdaftar. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza mengikut tugas-tugas yang di laksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di tempat-tempat yang strategik.
Umar melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan prnsip-prinsip keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur ‘Umar atau Risalah al-Qada’.
KESIMPULAN
Umar adalah profil seorang pemimpin yang berjaya, mujtahid (ahli ijtihad) yang ulung, dan sahabat Rasulullah s.a.w. yang sejati. Kejayaan dalam mengibarkan panji-panji Islam mengundang rasa iri dan dengki di hati musuh-musuhnya. Salah seorang musuhnya, Abu Lu’lu’ah, telah mengakhiri hidupnya dengan cara yang amat tragis. Dia menikam Umar tatkala sedang bersiap-siap memulai solat subuh. Peristiwa ini mengakibatkan kematiannya. Beliau wafat dalam usia 63 tahun setelah lebih kurang 10 tahun menggengam amanah sebagai khalifah.
Sumbangan dan jasa Umar al-Khattab adalah menyusun pentadbiran dan pembentukan syura. Selain itu, beliau menubuhkan beberapa jabatan seperti “dewan al-janad” dan “dewan al-jarah”. Khalifah Umar juga telah mengadakan peraturan tanah negara, menetapkan kalendar Islam adalah bermula dari Hijrah Rasulullah s.a.w. dan menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.
Umar al-khattab yang merupakan khalifah yang kedua dalam kerajaan khulafa ar-Rasyidin telah memberi banyak sumbangan pada umat islam dan seterusnya memberi teladan yang baik untuk di jadikan ikutan kepada umat islam. Kegigihan dan perjuangan Umar bin al Khattab di dalam menegakkan ajaran agama Islam telah memberi kesan yang mendalam pada kerajaan Islam pada masa itu. Kepimpinan beliau adalah berpandukan akidah yang benar dan sanggup berkorban bagi mempertahankan agama. Merealisasikan al-Quran terutama dengan akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik.
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
1.Maimon Husin, Apendi Sahi, Mohammad Zaini Yahaya, Zulhazmi Omar (2008), Pendidikan Islam SPM, Sasbadi Sdn. Bhd.
2.Syibili Nurmani (1976), Umar Yang Agung, Cetakan Satu Bandung, PUSTAKA, Perpustakaan Salman ITB Jalan Ganesha 7 Bandung.
3.Syed Ahmad Semait (1995), Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga, Pustaka Islamiyah Pte Ltd, Singapura.
4.Drs H.A Hafizah Dasuwi, Ma (1994), Ensiklopedia Islam, Jilid IV, Pt Ichtiar Baru Van Hoeve, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5. Ensiklopedia Islam, jilid 7(Maskara-Nazzam), Malaysia Encyclopedia Research Center Berhad (Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia), Anzagain Sdn.Bhd.
6.Drs D. Sirojuddin Ar. Ensiklopedia Islam, Jilid 5, PT ICHTIAR Baru Van Hoeve (Jakarta).
7.Mustafa Embong(2006), Fokus SPM Pendidikan Islam, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
8.Nik Hassan Shuhaimi, Muhd Yusuf Ibrahim, Muhammad Bukhari Ahmad, Rosnanaini Sulaiman (2007), Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks, Siti Masni bt Kospin, Zalehar bt Raub, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Kelahiran Imam Al - Nawawi Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam
Disediakan Untuk
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh
Nur Zulaika Binti Kamarudzaman
2009497432
Tarikh Hantar :
10 Mac 2010
Fakulti Sains Komputer Dan Matematik
Cs 110
Universiti Teknologi Mara (Uitm)
Abstrak
Tajuk : Kelahiran Imam Al-Nawawi Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam
Pengenalan :
Al-Nawawi dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan oktober 1233. Nama sebenarnya Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Sharaf. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Rawahiyah di Damsyik. Semasa berusia 18 tahun, beliau telah menghafal isi Al-Quran. Beliau menguasai hampir semua ilmu agama. Semua pengetahuan agama yang dimilikinya dicurahkan ke dalam buku karangannya. Syeikh Nawawi memperoleh beberapa gelaran kehormatan dari pelbagai Negara, seperti Syed Ulama al-Hijaz(Arab Saudi), Mufti(Mesir) dan Fakih(Syria).
ISI :
Al-Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Beliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan di atas mereka. Setelah itu, Al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan. Syeikh Nawawi mampu mencuarahkan ilmunya ke dalam karyanya sedemikian rupa sehingga mudah difahami oleh pembacanya. Beliau meninggal dunia di Nawa pada 22 Disember 1277.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhanya, Al-Nawawi merupakan imam yang terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Meskipun menetap di Makkah, Syeikh Nawawi tetap memantau perkembangan politik di tanah air melalui murid-muridnya. Beliau tetap menyumbangkan idea dan pemikirannya bagi kemajuan umat islam di Indonesia. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersifat tegas dalam menegakkan Islam seperti beliau.
PENDAHULUAN
Tokoh ulamak fikah mazhab Shafie. Al-Nawawi dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan Oktober 1233. Nama sebenar beliau Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Sharaf bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Juma’ah bin Hizam bin al-Hizami al-Dimasyik. Beliau mandapat pendidikan awal di Madrasah al-Rawahiyah di Damsyik. Beliau menhafal Al-Quran sejak dari kecil. Al-Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Baliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Setelah itu, al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan. Al-Nawawi terkenal sebagai seoarang pakar dalam bidang hadis dan fikah. Beliau menghargai sumbangan Muslim dan Bukhari dalam bidang hadis dan telah menulis sebuah kitab hadis, iaitu syarah kepada Sahih Muslim sebanyak lima jilid. Syeikh Nawawi menguasai banyak ilmu agama dengan baik, dari ilmu tafsir, hadis, tauhid, fikah, tasawuf, hingga ke bahasa arab. Syeikh Nawawi memiliki beberapa pandangan dan pendirian yang khas. Imam Nawawi meninggal dunia dalam usia 45 tahun . sebelum meninggal beliau sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji beserta dengan orang tuanya, dan menetap di Madinah dan sempat berkunjung ke Baitulmakdis (Yerusalem). Beliau tidak menikah sampai akhir hayatnya. Beliau meninggal dunia di Nawa pada 22 Disember 1277.
Kelahiran:
Ada seorang ulamak besar, penulis dan pendidik terkenal dari Banten. Namanya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu Al-Nawawi, yang terkenal juga dengan nama singkatan imam Nawawi. Beliau dilahirkan di Nawa, Damsyik, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Semasa berusia 18 tahun, beliau telah menghafal Al-Quran. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan 19 tahun beliau telah pergi ke Damsyik untuk belajar. Setiap hari beliau mempelajari 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Semua pengetahuan agama yang dimilikinya dicuarahkan ke dalam bulu karangannya. Antara karangannya yang terkenal syarah Sahih Muslim, Riyadus Salihin dan lain-lain. Syeikh Nawawi memperoleh beberapa gelaran kehormatan dari pelbagai Negara, seperti Syeikh Ulama ai-Hijaz(Arab Saudi), Mufti(Mesir) dan Fakih(Syria). Imam Nawawi meninggal dunia dalam usia 45 tahun . sebelum meninggal beliau sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji beserta dengan orang tuanya, dan menetap di Madinah dan sempat berkunjung ke Baitulmakdis (Yerusalem). Beliau tidak menikah sampai akhir hayatnya.
Pendidikan:
Beliau mendapat pendidikan di Makkah. Pada usia 15 tahun, beliau menunaikan ibadat haji, kemudian tinggal di Makkah untuk menuntut ilmu selama 3 tahun. Di sana beliau belajar di Masjidilharam. Pada 1831, beliau pulang ke tanah air dan mendirikan pondok pengajian peninggalan orang tuanya. Pada 1834, beliau pergi semula ke Makkah untuk meneruskan pelajarannya di sana. Sejak itu, beliau tidak pernah kembali ke Indonesia dan tinggal di Makkah hingga ke akhir hayatnya (1897). Syeikh Nawawi menguasai banyak ilmu agama dengan baik, dari ilmu tafsir, hadis, tauhid, fikah, tasawuf, hingga ke bahasa arab. Dengan berbekalkan pengetahuan agama yang luas ini, beliau menjadi pengajar di Masjidilharam, Makkah. Setelah belajar selama kira-kira 30 tahun, Syeikh Nawawi dapat menguasai hampir segala bidang ilmu pengetahuan agama, sehingga mampu mengajarkan ilmunya secara mendalam kepada murid-muridnya. Murid-murid yang mengikuti pelajarannya berasal dari pelbagai dunia, termasuk Malaysia dan Indonesia. Beliau mengajarkan pengetahuan agama secara terperinci kepada mereka. Menurut catatan sejarah, di Makkah beliau berupaya mendalami ilmu-ilmu agama dari
para gurunya, seperti Syeikh Muhammad Khatib Sambas, Syeikh Abdul Gani Bima, Syeikh Yusuf Sumulaweni, dan Syeikh Abdul Hamid Dagastani. Syeikh Nawawi al-Jawi menganut Mazhab Syafie. Pandangannya berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak dan qias sesuai dengan dasar syariat yang digunakan oleh Imam Syafie. Menurut Syeikh Nawawi, ahli ijtihad mutlak ialah Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali. Orang awam atau masyarakat biasa wajib berpegang pada salah seorang ahli mujtahid ini.
Perjuangan:
Al –Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Antara perjuangan Syeikh Nawawi ialah beliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela nasib penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Setelah itu, al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan.
Karya:
Syeikh Nawawi mampu mencurahkan ilmunya ke dalam karyanya sedemikian rupa sehingga mudah difahami oleh pembacanya. Beliau dapat menjelaskan suatu istilah yang sukar dan menterjemahkannya dalam bahasa yang jelas. Bukunya bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga di Negara-negara Timur Tengah. Salah sebuah karyanya yang terkenal dalam bidang tafsir ialah al-Munir (Yang memberikan sinar). Selepas tahun 1870, beliau menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang penulisan. Kitab karangan beliau kebanyakannya berbentuk syarah kepada kitab-kitab tua. Beliau menghasilkan syarah kepada kitab al-Arba’in(1294) dan beberapa komen tentang al-Nukhari dan Abu Dawud. Di kalangan penganut Mazhab Syafie, kitab karangan al-Nawawi yang paling popular ialah Minhaj al-Talibin(1297). Selepas itu, beliau menghasilkan kitab Tuhfah oleh Ibnu Hajar dan kitab Nihayah oleh al-Rumli sebagai ulasan kepada kitab Minhaj al-Talibin yang disebutkan di atas. Karangan al-Nawawi dikatakan berjumlah tidak kurang daripada 50 kitab. Syeikh Nawawi menguasai cabaran ilmu agama seperti ilmu tafsir, tauhid, fikah dan akhlak. Kepakarannya itu dapat dilihat daripada banyak karyanya. Menurut sumber, Syeikh Nawawi mengarang kira–kira 115 buku daripada pelbagai
bidang ilmu.Antara karya beliau ialah al-Tafsir al-Munir al-Ma’alim al-Tanzil al-Musafir’an Wujuh Mahasinal-Ta’wil(1305),Sharh Fathal-Qarib al-Ghazzi(1512),al-Tawshih(1305.1310), Maraqi al-‘Ubudiyah(1298) syarah kepada kitab Bidayat al-Hidayah oleh al-Ghazzi, al-Fath al-Mujib(1276) syarah kepada kitab Manaqib al-Hajj oleh al-Shirbini, Dhari’at al-Yakin(1304) syarah kepada kitab Umm al-Barahin, oleh al-Sanusi, Tijan al-Darari(1301) syarah kepada kitab Risalah fi’llm al-Tawhid oleh al-Bajuri, Salahin al-Fudala’(1301) syarah kepada kitab Manzumah oleh al-Malibari dan Kashf al-Murutiyah’an Sitar al-Jurrumiyah(1308) syarah kepada kitab Ajurrummiyah.
Sumbangan:
Meskipun menetap di Makkah, Syeikh Nawawi tetap memantau perkembangan politik di tanah air melalui murid-muridnya. Beliau tetap meyumbangkan idea dan pemikirannya bagi kemajuan umat islam di Indonesia. Di Makkah, Syeikh Nawawi aktif menubuhkan suatu perkumpulan bernama koloni Jawa, sebuah forum yang menghimpunkan masyarakat Indonesia yang berada di Makkah. Syeikh Nawawi memiliki beberapa pandangan dan pendirian yang khas. Di antaranya, dalam menghadapi pemerintahan colonial, beliau tidak agresif atau reaksioner. Namun demikian beliau sangat anti bekerja sama dengan pihak colonial dalam bentuk apa pun. Beliau lebih suka mengarahkan perhatiannya pada pendidikan, membekali murid-muridnya dengan jiwa-jiwa keagamaan dan semangat untuk menegakkan kebenaran. Adapun terhadap orang kafir yang tidak menjajah, ia membolehkan umat islam berhubung dengan mereka untuk tujuan kebaikan dunia. Beliau memandang bahawa semua manusia adalah saudara, sekalipun dengan kafir. Beliau juga menganggap bahawa pembaharuan dalam pemahaman agama dilakukan untuk terus menggali hakikat kebenaran. Dalam menghadapi tentangan zaman, ia memandang umat islam perlu menguasai pelbagai bidang keterampilan atau keahlian.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, al-Nawawi merupakan imam yang terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Beliau meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Beliau mahir dalam pelbagai ilmu seperti ilmu tafsir, tauhid, fikah, dan akhlak. Kepakarannya itu dapat dilihat daripada banyak karyanya. Menurut sumber, Syeikh Nawawi mengarang kira-kira 115 buku daripada pelbagai bidang ilmu. Al-Nawawi sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn’ Atar adalah salah seorang, muridnya yang telah membilang karya-karya secara menyeluruh. Beberapa gelaran kehormatan dari Arab Saudi, Mesir dan Suriah yang diberikan kepada beliau, seperti Sayid Ulama al-Hedzjaz, Mufti dan Fakih. Dalam kehidupan sehari-hari beliau tampil dengan sangat sederhana. Sejak kecil Syeikh Nawawi telah mendapat pendidikan agama dari orang tuanya. Mata pelajaran yang diterimanya antara lain bahasa Arab, fikih dan ilmu tafsir.
BIBLIOGARFI / RUJUKAN
1.Drs D. Sirojuddin Ar. Ensiklopedia Islam, jilid 4(Nah-Sya), PT ICHTIAR Baru Van Hoeve (Jakarta).
2.Ensiklopedia Dunia, jilid 15(N - O), Global Arabic Encyclopedia(1996), Darwana Sdn.Bhd..
3.Ensiklopedia Islam, jilid 7(Maskara-Nazzam), Malaysia Encyclopedia Research Center Berhad (Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia), Anzagain Sdn.Bhd.
4.Ensiklopedia Global, jilid 13, Smart Genie Corporation Sdn.Bhd.,Anzagain Sdn.Bhd.
5.Ensiklopedia Islam untuk Islam, jilid 4(Mad-Pat), terjemahan, Institut terjemahan Negara Malaysia (ITNM): Era Visi Publication Sdn.Bhd..
Kelahiran Nabi Ibrahim A.S Dan Sumbangan Kepada Umat Islam
Disediakan Untuk :
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh :
Siti Madihah Binti Abdul Ghani
2009488156
Tarikh :
10 Mac 2010
Fakulti Sains Komputer Dan Matematik
Cs 110
Universiti Telnologi Mara
Abstrak
Tajuk : Kelahiran Nabi Ibrahim A.S Dan Sumbangan Kepada Umat Islam.
PENGENALAN :
Kisah ini mengisahkan Nabi Ibrahim a.s yang memperjuangkan Agama Islam sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim supaya menyeru penduduk-penduduk agar menyembah Allah Yang Maha Esa.
ISI :
Dalam kisah ini menceritakan Nabi Ibrahim a.s diseksa oleh penduduk-penduduk kafir dengan membakar baginda secara hidup-hidup kerana beliau telah memusnahkan patung-patung berhala.Selain itu,kisah ini juga turut menceritakan tentang peristiwa Nabi Ibrahim a.s di Mesir.Isterinya,Sarah telah dibawa ke istana Firaun.Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim a.s sebagai abangnya bagi mengelak dirinya daripada dibunuh.Setiap kali Firaun cuba menodai Sarah,tangannya pasti akan lumpuh.Akhirnya,Firaun membebaskan Sarah tanpa sebarang kecederaan.Kemudian,kisah ini juga menceritakan tentang perintah Allah supaya menyembelih anaknya,Ismail untuk membuktikan ketaatan baginda dan anaknya kepada Allah.Ketika penyembelihan dilakukan,tiba-tiba dengan sekelip mata anaknya diganti dengan seekor kibas dan baginda melepasi pula telah melepasi ujian tersebut.
KESIMPULAN :
Nabi Ibarahim a.s atau bapa para nabi ini merupakan nabi yang sangat berwibawa.Berkat usaha yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dalam berdakwah telah membuka hati beberapa orang penduduk kafir untuk memeluk Islam.
1
PENGENALAN
Nabi Ibrahim a.s adalah seorang nabi yang yang berwibawa.Baginda dilantik menjadi rasul untuk menyedarkan kaum Our supaya berada di jalan yang benar dan lurus.Sebelum menjadi rasul,Nabi Ibrahim pernah mencari Tuhan yang sebenar-sebenarnya.Baginda sentasa memohon agar baginda dapat menemukan Tuhan yang sebenar.Setelah baginda mengenal Allah s.w.t,baginda menyeru kepada penyembah-penyembah berhala agar berimanlah kepada Allah Yang Maha Esa.Tetapi,usahanya hanya sia-sia sahaja.Tidak ada seorang pun yang mahu beriman kepada Allah kecuali isterinya,Sarah dan anak angkatnya,Lut.Pernah suatu ketika baginda ditangkap dan dicampak ke dalam api yang sangat panas.Walaubagaimanapun,dengan kuasa Allah akhirnya api yang sangat panas itu berubah menjadi api yang sangat sejuk.Semua oarng yang berada di situ sangat terkejut melihat kejadian tersebut lalu menuduh bahawa Nabi Ibrahim a.s merupakan seorang ahli sihir.Namun,ada sesetengah orang tidak berfikir sedemikian,mereka percaya bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah pengutus Allah s.w.t dan percaya pada kuasa Allah terus beriman kepadanya.Seterusnya,sewaktu baginda berada di Mesir,Sarah, isterinya telah dibawa ke istana Firaun.Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim a.s sebagai abangnya bagi mengelak dirinya daripada dibunuh.Setiap kali Firaun cuba menodai Sarah,tangannya pasti lumpuh.Akhirnya Firaun membebaskan Sarah tanpa sebarang kecederaan.Kemudian,setelah baginda menjadi rasul, baginda diuji pula dengan ujian yang sangat berat iaitu baginda diperintahkan supaya menyembelih anaknya,Ismail bagi membuktikan ketaatan baginda serta anaknya kepada Allah s.w.t.
Keturunan dan kelahiran :
Nama sebenar Nabi Ibrahim a.s ialah Ibrahim bin Azar bin Abu Nahur. Baginda sekeluarga berasal dari Babylon. Ayahnya bernama Azar bin Abu Nahur.Ayahnya merupakan seorang kafir dan juga pembuat patung berhala. Ibunya pula bernama Imtali. Manakala Abu Nahur ialah datuknya.Abu Nahur merupakan seorang ahli sihir yang sangat hebat dan juga nujum yang terkenal di Our. Tiada seorang pun yang dapat menandinginya. Sewaktu Nabi Ibrahim a.s dilahirkan terdapat kejadian aneh yang berlaku pada ketika itu iaitu ibunya, Imtali berasa suatu cahaya telah memenuhi ruang kamar rumahnya. Tambahan pula, dia juga tidak berasa sakit walau sedikit pun ketika melahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Apabila Nabi Ibrahim a.s meningkat dewasa, hatinya mula berasa sangsi dengan Tuhan yang disembah oleh keluarganya. Baginda cuba mencari Tuhan yang sebenar- benarnya.Tapi pada waktu yang sama,baginda telah mengahwini Sarah,sepupunya.Setelah beberapa lama berkahwin,baginda masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi.Akhirnya,Nabi Ibrahim mengambil Lut sebagai anak angkatnya iaitu anak kepada adiknya,Haran.Dengan usaha dan ketabahan,baginda akhirnya menemui Tuhan yang sebenar iaitu Allah s.w.t.
Gelaran :
Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai Khalilullah atau kekasih Allah.Perkataan Ibrahim dalam bahasa Suryani memberi makna bapa yang penyayang dan mengikut bahasa Ibrani pula bermaksud bapa masyarakat atau bapa kepada bilangan orang yang ramai.
Bahasa :
Dalam pertuturan pula, bahasa yang digunakan oleh Nabi Ibrahim ialah bahasa Arab Purba yang hampir sama dengan bahasa Arab Jurhum.Buktinya, baginda boleh berkomunikasi dengan kedua-dua isteri Ismail dengan menggunakan bahasanya sendiri.
Makam :
Nabi Ibrahim a.s dan anak-anaknya iaitu Ishaq dan Yaakub telah dikebumikan di Hebran, kini dikenali sebagai al-Khalil di Palestin.Sehingga sekarang makam mereka masih lagi berada di situ.Al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan bahawa maklumat ini boleh diterima secara mutawatir sejak zaman Bani Israel hingga zaman Ibn Kathir.
Dakwah :
Setelah Nabi Ibrahim menemui Allah yang sebenar, baginda menyeru kepada ajaran tauhid yang sebenar. Dalam Al-Quran,terdapat empat situasi Nabi Ibrahim a.s berdakwah, iaitu berdakwah kepada ayahnya, berdakwah kepada penyembah berhala, berdakwah kepada penyembah bintang dan berdakwah kepada Raja Namrud.Mengenai dakwah kepada ayahnya,Nabi Ibrahim berkata kepada ayahnya mengapa menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongnya.Bapanya menjadi marah dan berkata jika Nabi Ibrahim tidak berhenti menyeru dan menasihatinya,dia akan melontarkan batu kepada baginda.Kemudian,dakwah kepada penyembah berhala pula. Nabi Ibrahim a.s menyeru kepada penyembah-penyembah berhala supaya meninggalkan penyembahan berhala kerana patung yang disembah mereka tidak dapat melindungi mereka.Sewaktu rakyat Babylon merayakan hari kebesaran di luar kota,Ibrahim tidak sertainya atas alasan kurang sihat.Apabila kota sudah sunyi,Ibrahim menuju ke tempat ibadat mereka dengan sebilah kapak besar.Baginda menghancurkan semua berhala kecuali patung yang paling besar.Ketika mereka mengetahui hal itu,Ibrahim ditangkap dan diadili.Oleh sebab Ibrahim telah menghancurkan berhala,para hakim memutuskan bahawa Ibrahim harus dibakar hidup-hidup.Berduyun-duyun rakyat Babylon datang untuk menyaksikan upacara pembakaran Ibrahim.Baginda kemudiannya dicampak ke dalam api.Namun,atas perlindungan Allah,Ibrahim berasa sejuk di dalam api.Setelah kayu bakar telah habis jadi abu,baginda keluar dengan selamat.
Kemudian,dakwah kepada penyembah bintang.Baginda menyeru supaya mereka berhenti menyembah sesuatu yang mudah hilang.Ini kerana Tuhan yang mereka sembah itu sering bertukar-tukar sedangkan hanya satu saja Tuhan yang layak disembah kerana
Dialah tuhan yang menciptakan langit dan bumi.Seterusnya,dakwah kepada Raja Namrud.Nabi Ibrahim menyeru kepada Raja Namrud agar beriman kepada Allah.Hanya Allah yang layak disembah dan ditaati kerana hanya Dia yang mampu menghidupkan dan mematikan sesuatu makhluk ciptaanNya.Namun,Raja Namrud dengan angkuhnya mengaku dirinya juga mampu menghidupkan dan mematikan manusia.Kemudian,Nabi Ibrahim mencabar beliau dan berkata sekiranya Allah menerbitkan matahari dari timur,terbitkanlah matahari dari barat.Maka tercenganglah beliau lalu dia membisu.Walaubagaimanapun,Raja Namrud tetap berdegil tidak mahu beriman kepada Allah.Akhirnya,Nabi Ibrahim berhijrah ke Syam bersama Sarah dan Lut.
Kelebihan :
Dipilih oleh Allah sebagai kekasih Allah dan juga ketua bagi semua umat manusia.Selain itu,baginda juga terpilih sebagai rasul,diberikan kebijaksanaan dan ramai keturunannya diberi pangkat kenabian.Kemudian,makamnya dijadikan tempat untuk bersembahyang.Sifat Nabi Ibrahim a.s ialah lemah-lembut,baik,bercakap benar,bersyukur,warak,baik hati,menepati janji dan murah hati.
Dugaan :
Sepanjang berdakwah,bapa para nabi ini telah diuji dengan pelbagai dugaan yang besar tetapi Nabi Ibrahim a.s tetap bersabar.Antara dugaan paling besar ialah sewaktu Nabi Ibrahim a.s berada di Mesir.Isterinya yang cantik,Sarah, telah dibawa ke istana Firaun.Sarah terpaksa mengaku Nabi Ibrahim a.s sebagai abangnya supaya dia tidak dibunuh.Dalam waktu itu,Sarah tidak berbohong kerana dia adalah saudara Nabi Ibrahim a.s.Suatu hari,firaun cuba menodai Sarah tetapi dengan izin Allah,tangannya lumpuh.Akhirnya, Sarah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan.Selepas itu,firaun menghadiahkan seorang hamba perempuan kepada Nabi Ibrahim a.s. bernama Siti Hajar.Hasil dari perkahwinan baginda dengan Hajar,maka lahirlah Nabi Ismail a.s.Kemudian, dugaan besar yang lain ialah Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam lautan api dan perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya,Ismail.Dengan berkat ketaatan mereka,Nabi Ismail a.s diganti dengan seekor kibas yang gemuk dan dia juga berjaya melepasi ujian itu.
KESIMPULAN
Nabi Ibrahim a.s atau bapa para nabi ini merupakan nabi yang sangat berwibawa.Baginda dilantik menjadi rasul bagi menyedarkan penduduk-penduduk kafir agar memilih jalan yang benar.Tetapi bagaimanapun, telah ditentang oleh orang-orang kafir sehinggalah baginda diseksa dan dibakar hidup – hidup.Walaubagaimanapun, telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. Selain itu,baginda juga seorang yang taat.Baginda taat pada perintah Allah untuk menyembelih anaknya,Ismail.Suruhan ini dilakukan bagi membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan juga anaknya,Nabi Ismail a.s kepada Allah Taala.Akhir sekali,kisah Nabi Ibrahim a.s telah memberi banyak pedoman dalam hidup kita.Justeru, jadikanlah kisah kelahiran Nabi Ibarahim a.s ini sebagai panduan dalam menjaga nama baik Agama Islam.
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
1.Pustaka dan Dewan Bahasa, 2005, Ensiklopedia Dunia, N-O jilid 15, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Global Arabic Encyclopedia.
2.Ismail,Hj. Abu Bakar, 2003, Ensiklopedia Islam untuk Pelajar, Bud- Idr, jilid 2, Era Visi Publication Sdn.Bhd, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Malaysia.
3.Al- Sahhar, Jaudah Hamid Abdul, 1991, Nabi Ibrahim Bapa Para Nabi, jilid 1, Safiah Abd. Razak, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cairo Egypt, Maktabah Misr-3 syari’ Kamil Sidqi, Al- fajalah.
4.Al- Sahhar, Jaudah Hamid Abdul, 1993, Dakwah Nabi Ibrahim a.s, jilid 9, Sutina Sulaiman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cairo Egypt, Maktabah Misr-3 syari’ Kamil Sidqi, Al- fajalah.
5.Hakim, Luqman, 2001, Sejarah Para Anbiya’, Kuala Lumpur, Al – Hidayah Publishers.
Perang Uhud dan Hikmahnya
DISEDIAKAN UNTUK :
ABD AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH :
Azmirul Izzat Bin Zubad
2009220326
TARIKH:
10 MAC 2010
FALKULTI : SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UITM PERLIS
Abstrak
Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman prra-islam (yang dikenali dengan zaman jahiliyah) merupakan satu kegiatan yang mulia dan sangat diminati. Peperangan diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah. Pepreangan Uhud berlaku kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah merancang untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah, kira-kira 1000 Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Tentera Islam telah tewas kerana sifat tamak dan pengingkaran sekumpulan pemanah yang memegang peranan yang sangat penting dalam peperangan tersebut. Sejak itu, perang Uhud menjadi ikhtibar kepada semua orang Islam untuk tidak mengingkari arahan pemerintah dan perintah Allah SWT.
Pendahuluan
Peperangan di dalam Islam adalah jihad, yang diistilahkan sebagai Qital Fi Sabilillah iaitu berperang dijalan Allah. Dari segi Syarak ia bermaksud; “Menggunakan semaksimanya segala kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahdan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangnya”.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Orang-orang beriman berperang fisabilillah (di jalan Allah), dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut...” (An-Nisa’ :76)
Kedua-dua jenis peperangan ini mempunyai perbezaan yang besar. Perang fi sabilillah adalah peperangan yang mempunyai matlamat yang tinggi dan tujuan yang mulia iaitu membantu agama Allah dan meninggikan kalimah atau seruan-Nya di atas maka buni ini semata-mata menghgarapkan keredaan-Nya. Sementara perang fi sabili at-taghut ialah peperangan di jalan syaitan yang mengajak manusa kepada kekufuran dan melampaui batas.
Matlamat utama disyaratkan peperangan atau jihad qital oleh Allah ke atas kaum Muslimin adalah untuk meruntuhkan system kekufuran di atas muka bumi, menegakkan ubudiyyah hanya untuk Allah semata-mata dan menzahirkan keagungan, ketiggian dan kemuliaan Islam dia atas muka bumi ini. Hal ini dapat difahami daripada mafhum ghayah yang terdapat di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah”. (Al-Baqarah : 193)
Maksud “Fitnah” dalam ayat di atas ialah kufur dan syirik. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi’. Imam Jassas dalam kitab Ahkamul-Quran ketuka mentafsirkan ayat ini menyatakan: “Wajib memerangi orang kafir sehingga merekan meniggalkan kekufuran”. Adapun “Ad-Din” bermaksud tundukpatuh kepada Allah dengan mentaati-Nya.Ad-Din di sisi Allah hanya satu sahaja iaitu Islam.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia supaya menganut Islam melalui peperangannya. Apa yang menjadi matlamat Islam ialah meruntuhkan system-sistem dam pemerintahan yang berdasarkan pengabdian manusia kepada manusia yang menghalang mereka dari menkmati kebebasan untuk mengabdikan diki kepada Allah semata-mata dan menganut agama yang sebenar daripada-Nya
Perang Uhud
Pepreangan Uhud tercetus kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Quraisy yang tidak terbunuh di dalam Peperangan Badar telah bermesyuarat untuk melancarkan serangan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Badar Al-Kubra. Mesyuarat mereka akhirnya bersetuju agar unta dagangan Abu Suffian dengan segala harta modal mereka itu dijadikan tabung pembiayaan bagi menyediakan tentera untuk menyerang Rasulullah SAW.
Pengaturan dan Pengurusan Angkatan Tentera
Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuan bangunan yang tersusun kukuh”.
(As-Saff : 4)
Kerana itulah, Rasulullah SAW akan mengatur dan menyusun dengan kemas angkatan tenteranya bermula dari menentukan amir atau panglima perang, membuat dan menyerahkan bendera mengikut katibah-katibah. Setiap saf tentera ini diadahului oleh seorang membawa bendera: jika pembawa bendera ini terbunuh, maka orang lain akan menggantikan tempatnya.
Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW juga menggunakan system al-Khamis iaitu membentuk saf angkatan tentera kepada lima kumpulan iaitu:
1. Muqaddimah; tentera di barisan hadapan sekali
2. Mujannibah yumna , tentera di sayap kanan
3. Mujannibah yusra, tentera di sayap kiri
4. Qalbu, tentera di bahagian tengah
5. Sa-qah, tentera di barisan belakang sekali
Rasulullah SAW membentuk angkatan tenteranya daripara sahabat banginda yang mempunyai kemampuan untuk berjihad dan memenuhi syarat-syarat mujahid yang ditentukan oleh Syarak. Sebagai ketua Negara baginda secara automatik bertindak sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Isla. Kemudian dalam setiap peperanan baginda akan melantik ketua atau panglima bagi memimpin angkatan perang Islam. Bagi peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah SAW yang dipanggil dengan sariyah, beginda akan melantik ketua dari kalangan sahabat. Ketua ini bergelar Amir al-‘Askar yang menyamai pangkat Commander in Chief pada hari ini. Adapun bagi angkatan perang yang disertai oleh Rasulullah SAW yang dikenali dengan ghazwah, maka baginda sendiri akan bertindak sebagai Amir
Pada hari berlakunya pertempurang, Amir angkatan tentera akan digantikan tempatnya (di bahagian Qalbu) dengan seorang anggota tentera yang akan memakai alat kelengkapan perangnya dia dia (yakni Amir) pula akan memakai alat kelengkapan perang anggota tentera tersebut. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh di tengah medan perang.dan menjaga keselamatan Amir yang sudah tentunya menjadi sasaran oaling utama musuh
Dalam peperangan Uhud, penyusunan ognanisasi strategi yang dibuat oleh Rasulullah SAW ialah:
1. Membahagikan pasukan tentera Islam kepada tiga katibah iaitu:
i) Katibah Muhajirin
ii) Katibah Aus
iii) Katibah Khazraj
2. Meletakkan 50 pasukan pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair di atas sebuah bukit yang strategik dan berada 150 meter di belakang kedudukan pasukan tentera Islam. Tujuan menempatkan pasukan tentera pemanah ini dapat difahami daripada arahan Rasulullah SAW kepada mereka:
“Lindungilah kami dari serangan tentera berkuda Musyrikin dengan panah-panah, jangan sampai mereka datang kepada kami dari arah belakang kami. Hendaklah kamu tetap di tempat kamu jangan kamu berganjak sekalipun kamu melihat kami menang atau kami kalah”.
3. Menyusun pasukan tentera Islam di medan perang mengikut system saf dan memilih sahabat-sahabat yang berani dan gagah untuk berada di saf hadapan sekali.
4. Memberi arahan kepada tentera Islam;
“Jangan sesiapa pun di kalangan kamu memulakan serangan selagi kami belum mengarahkannya”.
5. Memberi galakan bersungguh-sungguh kepada tentera Islam supaya bersabar di medan perang.
Pada hari Sabtu, 7 Syawal, selepas 32 bulan dari penghijrahannya ke Madinah, kira-kira 1000
Orang Islam dan 3000 orang Quraisy telah berkumpul di bukit Uhud. Sebelum berlakunya perperangan, ketua Katibah Khazraj bersama puaknya berpatah balik kerana tidak mahu berperang. Angka tentera Islam berkurang sehingga lebih kurang 700 orang. Mereka telah disusun di kaki bukit Uhud menghadapi Madinah dengan kawasan belakang dan kanan mereka dilindungi bukit oleh tersebut. Disebelah kiri barisan tentera Islam terletaknya kumpulan 50 pemanah yang diletakkan di tempat yang strategik untuk menghalang orang Quraisy daripada mengepung tentera Islam yang sedikit.
Pertempuran pun berlaku. Pertembungan semakin sengit dan tentera Islam menawan apa yang boleh ditawan. Kumpulan 50 pemanah tersebut telah turun dari tempat pertahanan mereka apabila melihat kemenangan orang Islam. Mereka pun turun mengumpul harta-harta rampasan yang berselerak.Hanya Abdullah bin Jabir bersama-sama sebilangan kecil yang masih mengikuti perintah Rasulullah SAW. Kemudian Khalid bin Walid mendapati Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan lalu dia berpatah balik dari belakang bukit dengan kudanya beserta dengan askarnya. Mereka menyerang askar pemanah Islam yang masih tinngal dan mereka membuat serangan terus ke seluruh Kaum Muslimin dari belakang.
Pada masa ini orang Islam telah terdedah dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dengan keadaan yang tidak teratur lagi. Kaum musyrikin pun bertintak dengan lebih ganas lagi sehingga sampai ke tempat Rasulullah SAW dimana baginda telah dilontar dengan batu hingga tercampak ke dalam atu lubang dan tepatah satu batang gigi depan baginda.
Pengajaran
Pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah mematuhi arahan yang diberi oleh ketua kita dalam sesuatu hal selagi arahannya tidak melanggar hukum Islam. Hal ini terbukti apabila pasukan pemanah yang ditempatkan di tempat strategik oleh Rasulullah mengeluar dari posisi yang telah ditetapkan. Akibatnya peperangan Uhud yang sedang dimenangi oleh tentera Islam kalah apabila diserang dari belakang oleh tentera kuda yang dipimpini oleh Khalid bin Walid.
Kita hendaklah mencontohi Rasulullah apabila beliau enggan meminta bantuan selain daripada kaun muslimin meskipun bilangan Muslimin kecil dalam Perang Uhud. Rasulullah SAW bersabda yang bermakna:
“Jangan kita meminta pertolongan dengan ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”.
Kita perlulah menjangka gerakan musuh seperti Rasulullah SAW yang telah digantikan tempatnya oleh Ka’ab bin Malik yang memakai pakaian perang baginda. Ini bertujuan untuk mengelirukan musuh dan menjaga keselamatan Rasulullah SAW yang sudah tentunya akan menjadi sasaran palin utama musuh di tengah medan perang.
Kita juga perlu bijak mencari tempat strategik dalam sesuatu kawasan. Ini terbukti apabila Rasulullah SAW membariskan tenteranya dia kawasan Bukit Uhud dan meletakan sekumpulan 50 pemanah di belakang barisan tentera Islam yang akan memberi pertahanan yang lebih kepada tenteranya.
Kesimpulan
Perperangan ini telah memberi pengajaran kepada orang Islam supaya tidak mengingkari perintah Rasulullah SAW dan memberi ikhtibar supaya tidak mengulangi kesialapan yang telah dibuat. Oleh itu Allah telah memberi ujian kepada kaum muslimin agar lebih berhati-hati di dalam menjalankan dakwah Islam supaya tidak lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya. Melalui iktibar kisah perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan agama Islam patut kita contohi dari segi ketabahan dan kesukaran mereka menghadapi kekalahan perang Uhud dan kebangkitan semangat mereka semula dalam menyebarkan syiar Islam.
Rujukan
1.Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti (2000), Fiqh Al-Sirah, Jilid 2,
Terjemahan Ustaz Mohd Darus Sanawi, Dewan Pustaka Fajar.
2.Ahmad Adnan Fadzil (2001),Jihad Peperangan Rasulullah Saw, Jilid 1,Mohd Azman Sastro, Pustaka Syuhada.
Subscribe to:
Posts (Atom)