Thursday, July 1, 2010

Sayyid Jamaluddin Al Afghani Dan Sumbangannya

Disediakan Untuk:
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Anis Safuraa Binti Ahamad Tajudin
No. Matrik: 2009243338
Tarikh:10 Mac 2010

Falkuti Sains Komputer Dan Matematik
Universiti Teknologi Mara (Uitm)
Cawangan Arau.

Abstrak
Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan Sumbangannya,
Beliau telah dikenali dengan Sayyid Jamaluddin Al – Afghani. Ketika menjangkau umur 18 tahun, beliau telah menguasai hampir semua cabang Islam Sayyid Jamaluddin merupakan pelopor gerakan Islah. Islah ialah pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. Beliau amat mencintai ilmu dan telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Beliau sanggup menjelajah ke seluruh Negara Islam untuk menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah S.W.T serta menentang penjajah.
Di tengah – tengah kemunduran orang Islam dan gerakan kolonialisme bangsa Eropah Islam, Sayyid Jamaluddin menjadi tokoh yang amat berpengaruh dalam perkembangan permikiran dan tindakan sosial pada abad ke - 19 dan ke – 20. Beliau mengabdikan diri hanya untuk Allah dan mengembalikan maruah umat Islam sehingga ke akhir hayatnya.

PENDAHULUAN
Nama sebenar Sayyid Jamaluddin ialah As – Sayyid Jamaluddin bin Sayyid Safdar Al Afghani’ Kenapa beliau digelar As –Sayyid kerana keturunan beliau bersambung dengan Saidina Ali bin Talib (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51). Selain daripada nama Al – Afghani, beliau juga dikenalkan nama Asadabadi. (PT Intermasa, 1994:146)
Sayyid Jamaluddin lahir pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah. Tempat lahir beliau ialah di Asadabad di Afghanistan. Menurutnya, beliau lahir dari keluarga penganut mazhab hanafi. (PT Intermasa, 1994:298)
Beliau merupakan pemikir Islam, aktivitis Islam dan wartawan terkenal. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55). Sayyid Jamaluddin adalah seorang yang suka mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan. Sayyid Jamaluddin merupakan pelopor gerakan Islah. (PT Intermasa, 1994:298)
Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun. Jenazah Sayyid Jamaluddin al – afghani telah dikebumikan di Instabul. Atas pemintaan kerajaan Afghanistan, jenazah Sayyid Jamaluddin telah dibawa ke Afghanistan lewat tahun 1944. Jenazahnya telah dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mosoleum telah didirikan untuknya. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).
PENDIDIKAN
As – Sayyid Jamaluddin Al – Afghani amat mencintai ilmu pengetahuan. Sayyid Jamaluddin Al – Afghani telah mendapat pendidikan awal di kampungnya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51). Sejak dari kecil, beliau telah diajar mengaji Al – Quran, ilmu tafsir, ilmu hadis, usul – fiqah dan tasawuf serta falsafah. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; m/s 147)

Beliau telah menghafaz al – Quran ketika berusia 12 tahun. Sayyid Jamaluddin telah mempelajari beberapa ilmu displin seperti mantik, usuluddin, perubatan dan ilmu kalam ketika di Najaf. Selepas dari itu, Sayyid Safdar iaitu ayah al – Afghani telah menghantar beliau ke India untuk menambah lagi kematangannya dalam ilmu agama. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147)
Ketika menjangkau umur 18 tahun, beliau telah menguasai hampir semua cabang Islam termasuk falsafah, sejarah, metafizikal, kedoktoran, sains dan astrologi. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Apabila Sayyid Jamaluddin merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu moden seperti sains dan matematik. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 298)
PERJUANGAN
Sayyid Jamaluddin seorang yang pandai, berwibawa dan amat yakin dengan masa depan peradaban Islam cemerlang. Beliau amat memperjuangkan kebenaran dan menaikkan semangat perpaduan Islam untuk menentang penjajah. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Ketika berusia 30 tahun, beliau telah mengembara ke seluruh Negara Islam untuk meningkatkan revolusi dan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa Kristian ke atas umat Islam. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Sayyid Jamaluddin juga mengembara ke seluruh Negara Islam untuk menyebarkan fahaman Islam beliau.
Pada tahun 1869, beliau telah ke India dan cuba berjuang membangkitkan semangat nasionalisme dan membenci Inggeris dalam kalangan penduduk India. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Pada tahun 1879, beliau telah turun ke dunia politik di Mesir. Tujuan beliau memasuki bidang politik untuk memperjuangkan pendidikan universal, kermerdekaan dan pemasukan unsur – unsur Mesir ke posisi – posisi militer. Selain itu, Sayyid Jamaluddin berusaha menanamkan kesedaran nasionalisme dalam diri – diri orang Mesir. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 298)

Sayyid Jamaluddin seorang yang petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh kerana beliau amat menekan kebenaran, beliau tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk berjuang membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenar. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).
Gerakan Islah yang telah dicetuskan oleh Sayyid Jamaluddin untuk mengubah pemikiran masyarakat Islam ke arah zaman kemajuan.
KARYA
Oleh kerana beliau seorang Sayyid Jamaludddin seorang wartawan yang amat terkenal, banyak karya beliau telah diterbitkan. Karya pertama beliau ialah ‘Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan’ semasa Sayyid Jamaluddin merantau ke India. Dalam banyak tulisan dan ceramahnya, beliau berjaya menemui landasan yang kukuh bagi pembaharuan kehidupan umat Islam sehingga pemikiran mereka menjadi lebih moden dan nasionalisme. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Pada tahun 1883 ketika berada di Eropah, beliau telah berjaya menerbitkan jurnal Arab iaitu al –Urwah al – Wuthqa. Di samping menerbitkan al –Urwah al – Wuthqa, beliau juga mengasaskan beberapa akhbar sepeti Mirs, at – Tijarah dan al – Khariqin. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 148).
Selain itu, Sayyid Jamaluddin banyak menerbitkan buku dan artikel di antaranya ialah ‘Perbahasan tentang Sesuatu yang Melemahkan Orang – Orang Islam’, ‘Tipu Muslihat Orientalis’, ‘Risalah untuk menjawab Golongan Kristian’;1895, ’Hilangnya Timur dan Barat’;1892, ‘Hakikat Manusia dan Hakikat Tanah Air’;1878 dan ‘ar – Radd’Ala al- Dahriyin’. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 300)
Sayyid Jamaluddin telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya antaranya al – A’mal al –Kamilah, Tutimmah al – al – Bayaan fi Tarikh Afghan, al – Khatirat, at – Tukayyufat ‘ala Syarh ad – Dawani lil Uqatir al –Adhuidiyah. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).

SUMBANGAN
Pada tahun 1869, Sayyid Jamaluddin ke India untuk cuba membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk India. Akhirnya, sumbangan beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan membenci Inggeris dalam kalangan penduduk India.
Pada tahun 1876, beliau telah turun ke dunia politik di Mesir untuk memperjuangkan pendidikan universal, kermerdekaan dan pemasukan unsur – unsur Mesir ke posisi – posisi militer serta berusaha menanamkan kesedaran nasionalisme dalam diri – diri orang Mesir. Sumbangan beliau selama berada di Mesir telah memberi pengaruh yang besar bagi umat Islam di sana.
Sayyid Jamaluddin yang membangkitkan gerakan berfikir di Mesir sehingga negara itu dapat mencapai kemajuan dan menjadi Negara yang moden. Sumbangan Sayyid Jamaluddin juga telah menaikkan semangat revolusi menentang penjajahan yang akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya.
Selain itu, beliau telah menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah S.W.T serta membetulkan penyelewengan terhadap Al – Quran dan Al – Hadis.
Pencetusan Gerakan Islah oleh Sayyid Jamaluddin pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Negara – Negara Islam khususnya di Tanah Melayu. Pelajar – pelajar yang menuntut di Universiti al – Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin dan mereka membawanya sekembali mereka ke tanah air.

KESIMPULAN
Di tengah – tengah kemunduran orang Islam dan gerakan kolonialisme bangsa Eropah Islam, Sayyid Jamaluddin menjadi tokoh yang amat berpengaruh dalam perkembangan permikiran dan tindakan sosial pada abad ke - 19 dan ke – 20. Ada tiga faktor yang menjadikan beliau amat berpengaruh dalam dunia Islam. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Pertama, beliau adalah pencetus gagasan revolusi, nasionalisme dan modernism Islam. Kedua, beliau seorang pemidato yang berkarisma. Ketiganya ialah beliau sering berkunjung ke negara –negara Islam terutamanya India dan Mesir bagi membolehkannya menyebarluaskan gagasan. Kebencian Sayyid Jamaluddin terhadap kolonialisme menjadikan pencetus dan orang mempengaruhi fahaman serta gerakan nasionalisme dan pan – Islamisme yang gigih, baik melalui ceramah dan tulisannya. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Sayyid Jamaluddin ingin melihat umatnya kuat, dinamik dan maju. Jalan keluar yang ditunjukkannya untuk mengatasi keadaan ini ialah melenyapkan pengertian yang salah yang dianuti umat Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 300). Beliau mengabdikan diri hanya untuk Allah dan mengembalikan maruah umat Islam sehingga ke akhir hayatnya. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 148)

RUJUKAN
1.ENSIKLOPEDIA ISLAM UNTUK PELAJAR, Jilid 3; ERA visi Publication Sdn. Bhd; 2003; m/s 55;
2.ENSIKLOPEDIA ISLAM, Jilid 2; PT Ichtiar Baru Van Hoeve; 2004; m/s 297 – 299;
3.ENSIKLOPEDIA ISLAM, Jilid 2; PT Intermasa, Jakarta , Indonesia; 1994; m/s 298 – 300;
4.ENSIKLOPEDIA MALAYSIA, Jilid 9; Anzagain Sdn Bhd, Kuala Lumpur Malaysia; 1998; m/s 146 – 148;
5.Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5; JejakJaya Enterprise, Sg Petani, Kedah Darul Aman; 2007; m/s 51 -52;

Nabi Muhammad S.A.W Riwayat Hidup Dan Risalahnya Kepada Umat Islam

Disediakan Untuk:
Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan:
Nama:Nor Amarlia Binti Ab. Wahab
No Id:2009845806

Tarikh:
11/3/2010
Fakulti Sains Komputer(Cs110)
Universiti Teknologi Mara

Abstrak
Nabi Muhammad saw mempunyai riwayat hidup yang menarik dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam. Riwayat kehidupan baginda merupakan saat yang paling membanggakan apabila baginda meneruskan hidup tanpa kehadiran kasih sayang dari seorang insan bergelar ayahanda dan bonda . Pelbagai peristiwa yang terpaksa baginda lalui dalam menyampaikan wahyu Allah swt. Baginda menerangkan wahyu Allah swt kepada umat manusia. Proses dakwah yang dijalankan Nabi Muhammad saw amat mencabar. Baginda mempertahankan wahyu Allah dengan sabar dan sentiasa memohon kepada Allah swt. Seiringan proses dakwah baginda terpaksa menempuh peperangan untuk membela umat Islam. Dalam peperanganlah baginda menerima dugaan seperti kecederaan yang dialami ketika berperang. Dengan itu, sokongan dari sahabat telah banyak membantu baginda. Sehubungan dengan itu akhlak yang ditunjukkan telah menjadi sumber ikutan umat Islam. Di samping itu, sunnah Nabi Muhammad telah menjadi salah satu sumber rujukan umat Islam sehingga hari ini. Sunnah juga telah menjadi sumber kedua untuk menentukan dalam sesuatu hukum.Baginda juga telah membimbing manusia untuk mencapai kehidupan bermasyarakat antara umat Islam dan penduduk bukan Islam. Dari sinilah melahirkan umat Islam yang bersatu padu dan tolong menolong. Akhir sekali, ketika baginda wafat telah menjadikan umat Islam kehilangan seorang ikutan sepanjang zaman.

Pendahuluan
Bismillahirrahmanirrahim.
Nabi Muhammad saw merupakan pembawa risalah besar dari Allah swt. Sebagai seorang muslimin pada umumnya mengenal riwayat kehidupan Nabi Muhammad saw secara menyeluruh dan terperinci adalah wajib. Melalui sedemikian riwayat kehidupan Nabi Muhammad saw dapat menjadi sesuatu yang boleh meningkatkan iman, membersihkan perangai dan akhlak serta menyalakan api perjuangan, mengimbau manusia supaya menghayati kebenaran dan setia membelanya. Di sini, saya menceritakan serba sedikit kehidupan nabi sejak dilahirkan,zaman kanak-kanak,zaman remaja,baginda mendirikan rumahtangga sehinggalah baginda wafat. Nabi Muhammad saw juga menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan Allah untuk memimpin manusia. Pada ini, saya menceritakan tentang serba sedikit ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw untuk memimpin manusia. Selepas itu, proses dakwah Nabi Muhammad telah menarik minat saya kerana inilah kemuncak dakwah Rasulullah saw. Sehubungan dengan dakwah Rasulullah saw peperangan juga menjadi salah satu proses dalam dakwah. Di sini, saya harap dapat mengetahui kesusahan yang dialami Rasulullah saw dan sahabat. Akhlak Rasulullah saw telah menjadi salah satu isu untuk saya kupas untuk jadi inspirasi umat manusia. Dengan ini, saya harap dapat mengatahui dengan lebih lanjut dan ketinggian akhlak Rasulullah saw. Saya juga telah menyisipkan beberapa kepentingan sunnah-sunnah Rasulullah saw yang akan menjadi pembimbing umat manusia. Tambahan lagi,saya ada menerangkan serba sedikit tentang kemasyarakatan yang dipupuk antara umat Islam oleh Rasulullah saw. Akhir sekali,kewafatan Rasulullah saw menjadi penutup, di sini saya ada menceritakan saat-saat kewafatan Rasulullah saw.

Riwayat Hidup Rasulullah saw
Nabi Muhammad saw adalah seorang nabi lagi Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan tahun Masehi 570. Muhammad Rasul Allah saw dilahirkan dari lingkungan keluarga yang bersih dan suci serta mempunyai salasilah terhormat.Iaitu keluarga yang menjadi pusat segala keutaman orang-orang Arab dan bersih. Baginda diberi nama Muhammad bererti ‘Insan Yang Terpuji’.Salasilah keturunan baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang meninggal dunia di Yathrib ketika berniaga pada waktu itu nabi masih di dalam kandungan bondanya bernama Siti Aminah binti Wahab. Selepas bonda baginda meninggal dunia ,baginda dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muttalib. Ketika baginda berusia 8 tahun Abdul Muttalib meniggal dunia selepas itu baginda diperlihara oleh Abu Talib iaitu bapa saudaranya. Selama mengasuh dan membesarkan baginda , Abu Talib banyak memperoleh kebaikan dan keberkatan.(Ali:31-63)
Sejak kecil baginda telah mempunyai pelbagai keistimewaan dalam pelbagai bidang. Tatkala baginda berusia 25 tahun, baginda diberi dengan panggilan Al-Amin. Semasa baginda berangkat ke negeri Syam, membawa barang dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, ditemani oleh Maisarah, sahaya Siti Khadijah. Maisarah menceritakan tentang akhlak Rasulullah saw yang di lihatnya sepanjang perjalanan kepada Siti Khadijah, membuatkan Siti Khadijah jatuh hati. Maka Siti Khadijah melamar baginda , dan akhirnya baginda menikah dengan Siti Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Selepas itu baginda telah menikahi Saudah binti Zam’ah,Aisyah,Hafshah,Zainab binti Khuzaimah,Ummu Salamah,Zainab binti Jahsi,Juwairiyah binti Harits,Raihanah binti Yazid,Ummu Habibah Ramlah,Shafiyah dan Maimunah. Baginda dikurniakan 7 orang anak 3 putera dan 4 puteri.(Shabban:71-76)

Ajaran Rasulullah saw
Segala puji bagi Allah yang telah mengutus seorang utusan,membersihkan dan mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah,menunjukkan jalan, dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Allah mengutusnya di saat dunia mengalami kekosongan Rasul dan adanya tuntutan dari jiwa manusia akan kerasulan. Dengan diutuskan Rasul ini Allah mengancam kecerdikan para cerdik cendiakawan dan menghalangi jiwa dari kesesatan. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara ibadah dan pergaulan syiar-syiar agama dan syariat. Islam bukanlah agama ritual,jampi-jampi dan sihir sebagaimana yang dianggap sebahagian orang.
Rasulullah mulai mengajak bicara orang banyak mengenai islam dan mengajak mereka supaya bersedia memeluk agama Allah yang dibawakan olehnya. Rasulullah menerangkan soal-soal akidah (keyakinan) dan amal perbuatan yang diwajibkan Allah kepada hambanya. 1. Mengesakan Allah(tauhid) secara mutlak: Manusia mesti menanam keyakinan serta tunduk kepada keagungagan serta ketentuan Allah. Dengan tertanam keyakinan tersebut, maka patung –patung yang disembah orang Arab berubah menjadi tidak lebih batu-batu biasa. 2.Kehidupan Akhirat: Pada suatu hari manusia akan dihadapkan kepada tuhanhnya dan perhitungan akan dilakukan. Hanya terdapat dua tempat bagi manusia iaitu syurga atau neraka.
3.Pembersihan Jiwa: Manusia mesti menjalankan ibadah tertentu yang telah ditentukan oleh Allah dan meninggalkan urusan lain yang akan mengakibatkan tidak terpenuhinya ibadah wajib.
4.Memelihara kehidupan masyarakat Islam: Manusia wajib melaksanakan masyarakat berdasarkan ukhuwwah Islamiyah bagi membela orang yang teraniaya dan memperkuat orang lemah tidak berdaya.(Ghazaliy:162-163)

PERJUANGAN DAKWAH.
Setelah mendapat wahyu kedua yang memerintah baginda supaya menyeru agar menyembah Allah . Rasullullah memulakan dakwahnya mengikut beberapa golongan. Golongan pertama ialah ialah orang rumahnya Siti Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Ummu Aiman. Kemudian Rasullullah menyeru sahabat karibnya seperti Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan,Az-Zubair bin al-Awwam,Abdul Rahman bin Auf,Saad bin Abu Waqqas,Talhah bin Ubaidullah. Golongan ketiga pula ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah,Abu Salamah bin Abdul Asad al-Makhzumi,Arqam bin Abu Arqam,Khalid bin Said bin al-Ass. Baginda juga berdakwah pada golongan hamba seperti Bilal bin Rabah,Zunairah ,keluarga yasir serta hamba-hamba lain. Baginda menjadikan rumah baginda sebagai markas atau pusat penyebaran agama Islam.(Ali:140-151)
Selepas 3 tahun berdakwah secara tertutup ,Ibnu `Abbas ra. menceritakan, setelah turun ayat``….dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat``(S.Asy-Syu`ara:214) Rasullullah mula berdakwah secara terang-terangan. Seruan yang sedemikian itu merupakan klimaks penyampaian dakwah baginda. Rasullallah menerangkan dakwahnya adalah jaminan bagi kelangsungan hubungan baginda dengan mereka. Fanatisme kekabilahan atau kekerabatan yang berabad-abad dipertahankan oleh orang-orang Arab, sejak saat itu mencair di bawah panasnya peringatan yang datang dari sisi Allah.
Dalam perjuangan melaksanakan tugas dakwah, Rasullallah saw menghadapi hentaman badai dan taufan kebencian kaum musyrikin sehingga memporakporandakan para pengikutnya. Propaganda bohong berhasil mencegah banyak kabilah masuk ke dalam Islam. Atas kehendak ilahi, hati mereka tergerak untuk menyelamatkan Islam dari lingkungan masyarakat yang mengasingkan mereka. Perubahan suasana itulah yang membuka jalan bagi Islam hidup di tengah umat manusia.
Perubahan besar seperti itu terjadi berkat peranan yang dimainkan oleh rombongan dari Yathrib(Madinah) yang datang ke Makkah pada musim upacara tradisional di Ka’abah. Di sini mereka melihat Rasulullah saw giat mengajak orang-orang Arab supaya beriman kepada Allah swt. Sedikit demi sedikit akhirnya Islam banyak disebut-sebut di Madinah dan berita-berita mengenai Islam pun meluas. Walaupun mereka belum menyambut baik dakwah Islam, tetapi mereka tidak menyambut dengan makian dan permusuhan. (Shabban:24-26) 4

PERJUANGAN BERDARAH.
Agama Islam tidak mensyariatkan kewajipan perang kepada kaum muslimin, kecuali jika benar-benar ada bahaya yang mengancam keselamtan Islam dan hendak menghancurkan kaum muslimin
Perperangan yang disyariatkan oleh agama Islam, yang di dalamnya turut berkecimpung Rasullallah saw dan para sahabatnya adalah yang paling adil dan mulia. Sesuai dengan pengarahan oleh wahyu Ilahi dan sesuai dengan kebijaksanaan politik yang objektif,maka demi membela kebenaran Allah dan untuk mempertahankan hak hidup,Rasullallah saw mula bersiap sedia dengan ilmu tentang peperangan. Rasullallah menjelaskan bahawa kegiatan di bidang tersebut termasuk langkah mendekatkan diri kepada Allah dan merupakan ibadah yang suci dan mulia. Dengan ini,kaum muslimin dapat mematahkan gangguan orang kafir. Semangat “Jihad” yang berjaya diterapkan kepada umat Islam mampu mengalahkan orang kafir.(Ghazaliy:354)
Rasullallah dan para sahabatnya banyak belajar dan mengajar, berlawan dan berdamai, menang kalah, dan akhirnya berhasil memancarkan sinar dakwah dalam kehidupan umat manusia. Baginda mencurahkan tenaga dan segenap fikiran serta kesanggupan yang ada padanya.
Ketika dalam perang “Uhud”,mereka menderita pukulan hebat hingga gugurlah 70 orang pahlawan dari kalangan mereka akibat kealpaan mereka. Mereka menderita kekalahan yang memalukan. Dalam peperangan itu Rasullallah saw menghadapi cobaan amat berat. Untuk menolong keadaan , baginda tetap bertempur hingga menderita luka-luka. Disebabkan kealpaan kaum muslimin,mereka lupa apa yang diterapkan oleh Rasullallah selama ini.
Rasullallah telah mematangkan para sahabatnya dengan iman secara perlahan-lahan. Setelah itu,diperintahkan menyebar ke berbagai penjuru dunia untuk memimpin umat Islam lain. Namun,sejak detik kelahirannya, umat Islam wajib berjuang mempertahankan Islam di bawah pimpinan wahyu.

MENELADANI AKHLAK RASULLALLAH.
Para sahabat adalah pemerhati-pemerhati yang tajam dan pengikut yang ghairah terhadap setiap amalan kenabian,yang mana mereka akan menterjemahkan ke dalam bentuk amalan walau dengan apa cara sekalipun. Disebabkan ini, maka segala perincian mengenai kelakuan dan tingkah-laku Rasullallah saw telah sampai kepada kita dengan lengkapnya. Di antara seluruh manusia tabiatnya paling halus,paling baik akhlaknya, paling besar rasa santun dan maafnya,paling unggul akalnya, paling dermawan, paling jujur ucapannya, paling banyak malunya,paling banyak maaf dan ampunan serta tawadhu-nya paling memperhatikan memelihara hak-hak persahabatan, paling lembut hatinya, dan paling takut kepada Allah. Baginda bukan seorang yang kasar dan bukan pula yang suka mencela. Baginda sangat mengagungkan nikmat sekalipun sedikit, dan tidak pernah mencela makanan dan memujinya. Baginda makan apa adanya, dan tidak pernah memaksakan diri terhadap apa yang tidak ada. Jika tidak mendapatkan makanan, baginda bersabar hingga kadang-kadang baginda mengikatkan batu di perutnya.
Semua kesempitan ini adalah pilihan baginda sendiri, yang tidak suka akan kemewahan dan memilih untuk kehidupan yang sederhana sahaja. Baginda selalu memberi perhatian terhadap para sahabatnya dan sering bertanya tentang apa terjadi di masyarakat.baginda menyuruh agar disampaikan kepadanya keadaan orang yang memerlukan bantuan. Baginda juga menjadikan perbuatan baik dan membenarkannya, serta menjadikan buruk perbuatan buruk dan menghinakannya. Baginda tidak akan berbicara kecuali dengan perkataan yang diharapkan pahalanya Sebagai insan biasa yang bakal menjadi nabi dan rasul,baginda dilengkapi dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilainya dari aspek keindahan,kesempurnaan,kekuatan,ujian dan keunggulan. Baginda mempunyai sifat jasmani yang sungguh hebat iaitu golongan manusia yang paling hebat wajahnya. Sifat-sifat baginda dari aspek perangai dan kelakuan adalah amat menawan sekali. Tanda –tanda kejiwaan baginda amat tinggi sekali seperti tidak kebendaan,tidak banyak bercakap,sangat pemalu,sangat merendah diri dan suka bergurau. Baginda juga mempunyai tanda-tanda keagamaan,baginda seorang yang sangat merendah diri,kata-kata penuh berisi,elok pergaulannya,sangat sabar,indah dalam pergaulan dan seorang yang sangat menahan marah.Allah telah menghimpunkan seluruh akhlak mulia pada peribadi baginda, dan telah pun mendidik baginda dengan didikan yang sebaik-baiknya, serta telah memelihara baginda sejak baginda kanak-kanak hingga dewasa dari segala perbuatan buruk dan tercela.(Shabban:42-47) 6
ASAS PEMBANGUNAN MASYARAKAT BARU.
Umat Islam bukan kelompok manusia yang perhatiannya hanya ditumpahkan untuk dapat hidup, tidak peduli dengan cara apa saja, atau kelompok manusia yang menempuh jalan hidup tanpa arah asal dapat memperoleh makanan, kenikmatan dan kesenangan.
Sejak Rasulullah saw tinggal menetap di Madinah, beliau sibuk mencurahkan perhatian untuk meletakkan dasar-dasar yang sangat diperlukan guna menegakkan tugas risalahnya iaitu:
1. Memperkukuh hubungan umat Islam dengan Tuhan-nya.
Perkejaan pertama yang dilaksanakan oleh Rasullallah saw adalah membangunkan masjid untuk menampilkan syiar Islam. Masjid adalah tempat manusia membersihkan hati dari berbagai macam kotoran dan dosa. Masjid itulah yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.
2. Memperkukuh hubungan intern umat Islam,iaitu antara sesama muslimin.
Rasulullah saw menjelaskan hal itu telah dibina atas dasar rasa persaudaraan yang sempurna. Rasulullah saw berhasil membina hubungan persaudaraan di antara sesama kaum muslimin itu sebagai ikatan perjanjian yang nyata bukan hanya sekadar ucapan yang tidak bererti.Adanya persaudaraan seperti itu bererti lenyaplah fanatisme kesukuan ala jahilliyah dan tak ada semangat pengabdian selain kepada agama Islam. Runtuhlah sudah semua bentuk perbendaan yang didasarkan pada asal keturunan , warna kulit dan asal usul kedaerahan atau kebangsaan.
3. Mengatur hubungan antara umat Islam dengan orang-orang asing yang tidak seagama
dengan kaum muslimin.
Rasulullah saw telah menetapkan aturan-aturan yang sangat toleran, melampui kebiasaan yang berlaku di dalam zaman yang penuh dengan fanatisme kesukuan. Baginda sama sekali tidak berfikir hendak mengatur siasat untuk menyingkirkan mereka. Pada zaman Rasullallah saw,baginda telah membuat satu piagam perjanjian yang mencerminkan keinginan kaum muslimin untuk kerjasama dan saling bantu-membantu sejujur-jujurnya dengan orang-orang Yahudi.(Ghazaliy:302)

KEDUDUKAN SUNNAH RASULULLAH.
Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk mengatur urutan sumber ajaran agama yang diambilnya,dan harus dan harus mengetahui pula keadaan yang sebenarnya dari ucapan dan sabda Rasulullah saw yang terpelihara baik keasliannya dan dari apa yang telah dilakukan beliau. Cara hidup Rasulullah saw yang telah ditunjukkan akan memberikan kejayaan manusia di dalam hidup dunia dan akhirat.
Al-Quran adalah hukum dan perundangan Islam, sedangkan sunnah Rasullullah adalah penerapannya. Allah swt telah memberi hak kepada Rasul-nya untuk diikuti perintah dan larangannya,kerana setiap perintah dan larangannya tidak keluar dari peribadinya sendiri. “Ambillah apa yang diberikan oleh Rasul kepada kalian, dan tinggalkanlah apa yang dilarang olehnya.”(S. Al-Hasyr:7). Dalam Islam iaitu dalam soal-soal yang penting telah menetapkan hukum yang telah di sebut di dalam kitab suci Al-Quran atau telah dikemukakan melalui sabda Nabi saw. Semua itu saling menyempurnakan, saling membenarkan dan saling memperkuatkan satu sama lain.
Apabila kita mempelajari pusaka peninggalan Rasullullah saw yang mengenai “akhlak” saja, terdapat hadith-hadithnya yang mencakup beribu-ribu macam keutamaan. Hadith-hadith Rasulullah saw terdapat timbunan hikmah pengetahuan yang sangat banyak. Ketahuilah bahawa ucapan baginda tidak dapat dihinggakan kecuali hanya Allah swt. Antara sabda Rasulullah saw “Barangsiapa cinta kepada dunia, maka akhiratnya akan rosak dan barangsiapa cinta kepada akhirat, maka dunianya akan rosak. Pilihlah yang abadi dari yang musnah.”
Seorang muslimin yang nuraninya tidak menghayati sunnah Rasulullah saw dalam membuat sesuatu perkara serta tidak mengikuti tuntutan beliau, tak akan berguna sama sekali baginya menggerakkan lidah seribu kali sehari semalam mengucapkan selawat ke atasnya.(Shabban:59)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW.
Nabi wafat di rumah Siti Aisyah pada hari Isnin sebelum tengah hari 12 Rabi’ul Awwal tahun kesebelas hijrah dalam usia 63 tahun. Menurut salah satu riwayat ,sebelum meninggal, baginda menderita sakit selama 13 hari. Dan empat hari sebelum meninggal, baginda menyuruh Abu Bakar mengimami solat. Walaupun sakit baginda itu adalah sakit kepala yang sangat berat. Tatkala penyakitnya sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “ sudah demikian hebatnya, baginda mencelupkan tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air, lalu diusapkannya ke wajahnya smbil berdoa “Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut!” ternyata baginda tak mahu lagi memohon kesembuhan. Baginda sudah memilih untuk kembali ke hadhrat Tuhannya Yang Maha Tinggi. Baginda wafat dalam pangkuan isterinya Siti Aisyah.
Penderitaan baginda yang sangat semasa menghadapi maut itu adalah untuk menghibur umatnya, apabila kelak mereka mengalaminya pula. Diriwayatkan bahawasanya baginda tidaklah sesuatu penyakit pun kecuali memohon afiat kepada Allah.
Setelah baginda wafat, para sahabat banyak yang kehilangan akal. Kemudian Abu Bakar naik ke mimbar , lalu mengucapkan kata-kata yang mampu menenangkan jiwa kaum muslimin dan memantapkan hati mereka. Setelah itu barulah baginda dimandikan oleh kaum kerabat baginda. Di dalam Al-Mawahib disebutkan bahwa memandikan,mengafani dan menyembahyangkan baginda itu terjadi pada hari selasa. Lantas para sahabat selisih faham tentang tempat baginda akan dikebumikan. Maka Sayyidina Abu Bakar terus berkata “Saya ada mendengar Rasulullah saw bersabda bahawa Nabi-Nabi itu dimakamkan di tempat mereka wafat.” Maka dengan itu putuslah di manakah baginda akan disemadikan , iaitu di dalam rumah Siti Aisyah, di mana baginda menghembus nafas terakhir. (Ali:1518-1532)

Kesimpulan
Riwayat kehidupan Nabi Muhammad saw bukanlah cerita untuk sekadar pembelajaran semata-mata. Ia merupakan kewajipan setiap umat Islam bagi mengenal Rasulnya yang telah bersusah payah mngubah umat manusia selama ini. Nabi Muhammad merupakan Rasul akhir zaman yang diutuskan kepada umat manusia sejak baginda dibangkit menjadi Rasul hingga hari kiamat. Baginda dilahirkan di dalam kalangan lingkungan keluarga yang mempunyai peranan tertentu dan berjaya. Sesungguhnya baginda adalah sesusuk manusia yang diciptakan melalui proses penciptaan yang paling baik dan darjatnya diangkat oleh Allah swt mengatasi manusia yang lain.Cuma yang membezakan dengan kita ialah dengan sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi yang tinggi nilai dari pelbagai aspek kesempurnaan, keindahan, kekuatan dan keunggulan. Sedangkan kita, bersifat dengan sifat yang kekurangan, tidak cantik, buruk dan kurang daya tahan menaggung ujian. Baginda diberi tanggungjawab yang besar untuk mengubah seluruh umat manusia yang telah terpesong kesesatan dari jalan yang benar. Baginda mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah, menunjukkan jalan dan membukakan mata mereka untuk melihat sumber yang benar. Sesungguhnya Islam adalah sistem yang kompleks jalan kehidupan. Ia adalah agama dan negara, ibadah dan pergaulan, syiar-syiar agama dan syariat. Baginda juga telah memberikan kepada kita pelbagai rahsia Ilahi yang sangat hebat pada seluruh lapangan kehidupan. Walaupun baginda menerima tentangan yang sungguh berat tetapi demi menegakkan syiar Islam baginda berusah menanganinya. Rasulullah saw telah mampu membangunkan dan mendirikan negara Islam yang disandarkan kepada asaa-asas pentadbiran, kewangan, politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Rasulullah saw juga Berjaya mendirikan peradaban serta kebudayaan yang sangat luar biasa hebatnya, peradaban yang menyebabkan kebaikan dan manfaat bagi seluruh umat manusia. Baginda adalah Rasul, Imam, pemimpin, panglima perang, dan pentadbir dan segalanya telah diberikan kepada Rasulullah saw.

Rujukan
Ali , Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi (2009) . Sejarah Dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W,Jilid 1. Warisan Ilmu Publications
Al-Ghazaliy , Muhammad Al-Ghazaliy (1996) . Fiqhus Sirah(Menghayati Nilai-Nilai Riwayat Hidup Muhammad Rasulullah S.A.W),Jilid 1,Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa sdn. Bhd
Bemat , Mufti Ahmed Ebrahim Bemat (1998) . Insan Teladan Sepanjang Zaman,Jilid 3, Abdul Aziz Abdul Hamid.Kuala Lumpur : Darul Nu’man
Ali Shabban, Muhammad Ali Shabban (1994) . Teladan Suci Keluarga Nabi,Jilid 4.
Bandung : Penerbit Al-Bayan
Ahmad Atha, Abdul Qadir Ahmad Atha (2002) . Adabun Nabi,Jilid 3, Syamsudin TU.
Jakarta : Pustaka Azzam

Riwayat Hidup Imam Al-Ghazali Dan Sumbangan Beliau Dalam Tamadun Islam

Disediakan Untuk:
Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Latifah Binti Omar
2009217302

Tarikh:11 Mac 2010
Cs 110
Fakulti Sains Komputer Dan Matematik
Universiti Teknologi Mara

Abstrak
Di sini saya akan menceritakan mengenai seorang tokoh ilmuan Islam yang amat dikagumi dan dihormati bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan sehingga ke hari ini.Tokoh yang dimaksudkan ialah Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali.Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi.Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana.Bapanya tidak berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun wool serta mempunyai sebuah kedai di Thus.Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap anaknya.Ini dibuktikanapabila sebelum bapanya meninggal dunia,bapanya telah mewasiatkan al-Ghazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu sehingga habis harta peniggalan bapanya.Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi.Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk menyara mereka.Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka.Sejak kecil lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru.Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau seorang yang amat dihormati dan disegani.Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut,al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah.Di sana beliau telah ber’uzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun..Setelah sepuluh tahun ber’uzlah beliau diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar.Dengan niat yang berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Ta’ala beliau keluar mengajar dan bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain.Beliau hanya sempat mengajar dalam masa yang singkat.Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau pada tahun 505 Hijrah.Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam.Beliau telah mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam,ilmu falsafah,ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh.Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang beliau pelajari.Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama.Kesimpulan yang dapat saya buat hasil kajian terhadap riwayat hidup Imam Al-Ghazali dan sumbangannya dalam Islam ialah beliau seorang tokoh yang tidak ada pengganti pada masa kini.Saya amat kagum dan hormat kepada Imam Al-Ghazali atas kejayaan beliau dalam hidup.

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah,tuhan yang mencipta sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W,rahmat sekalian alam serta atas keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya.Bersyukur saya kehadrat Allah kerana member peluang kepada saya untuk mengkaji serba- sedikit tentang riwayat hidup seorang tokoh ilmuan Islam yang amat disegani bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan hingga ke hari ini serta sumbangan beliau dalam tamadun Islam.Tokoh yang dimaksudkan ialah Imam Al-Ghazali-Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun ke-5(450-505 Hijrah).Imam Al-Ghazali merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat dikagumi dan disegani kerana beliau dapat menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam ,ilmu fiqh,ilmu tasawwuf serta diakhir kehidupan beliau sempat menekankan pengajian hadith Nabi S.A.W.Peninggalan beliau bukanlah harat bertimbun yang menjadi rebutan,tetapi peninggalan beliau merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan sebarang material sekalipun.Imam Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab dalam pelbagai ilmu yang dikuasainya seperti kitab dalam ilmu teologi,ilmu tasawwuf ,ilmu falsafah,Ilmu fiqh dan ilmu logika.Kitab yang paling terkenal hingga ke hari ini hasil karangan beliau ialah Kitab Ihya Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama.Imam Al-Ghazali bukan hanya menceburi diri dalam dalam bidang penulisan bahkan beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat bijak,benar pandangannya,mempunyai fitrah yang amat menakjubkan,mempunyai ingatan yang kuat,pandangan yang mendalam dan kebolehan menyelami makna-makna yang terperinci.Beliau hanya mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan pendidikannya.Beliau merupakan tokoh ilmuan yang perlu di contohi oleh masyarakat zaman sekarang.

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali.Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah(1058M).Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana.Bapanya seorang yang tidak berpelajaran dan bekerja sebagai penenun wool dan dijual dikedainya di Thus.Sebagai bapa beliau mahu anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran.Beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya.Menjelang saat kematian,bapanya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau.Bapanya juga berpesan kepada ahli sufi supaya menjaga dan memberi pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti.( Ibrahim,1985:1)
Setelah bapanya meninggal dunia Al-Ghazali dan Ahmad pun tinggallah bersama ahli sufi.Ketika bapanya meninggal dunia A-Ghazali masih kecil lagi.Ahli sufi tersebut telah menjaga dan mengajar kedua-duanya sehingga habis harta peninggalan bapa Al-Ghazali.Setelah habis harta peninggalan ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua,lalu beliau meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya keperluan peribadi mereka terjaga.Al-Ghazali akur dengan permintaan ahli sufi dan dengan sebab itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketinggian darjat mereka berdua.(Ibrahim,1985:1)
Sejak kecil lagi Al-Ghazalli telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru.Pertamanya,di negeri Thus beliau telah mempelajari beberapa tajuk daripada ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani,kemudian beliau ke Jurjan untuk belajar dengan Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili.Selepas itu beliau kembali semula ke Thus.kemudian Al-Ghazali dating ke ‘Nisabur’ dantelah mendekati Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini(419-478 Hijrah).Beliau telah belajar bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga mahir alam mazhab(Syafi’i),persselisishan,debat,usuluddin,usul fiqh,mantiq,membaca hikmah dan falsafah.Beliau juga menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dengan susunan yang baik. (Ghazali,2002:2)

Setelah Imam Al-Haramain wafat pada tahun 478 Hijrah,Al-Ghazali dipanggil oleh Nizam Al-Mulk seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah di Baghdad.Di sini merupakan tempat pendebatan ilmu dan beliau telah menonjolkan dirinya dengan mengalahkan lawannya sehingga beliau telah terkenal di seluruh daerah.Nizam al-Mulk sanagt tertarik denga kebolehan Imam Al-Ghazali lalu beliau telah melantik Imam Al-ghazali sebagai professor kanan di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.Orang ramai sanagat kagum denagan keindahan perkataannya,kefasihan lidahnya,huraian yang terperinci dan isyarat-isyarat yang halus.Kehormayan dan kedudukannya semakin tinggi di Baghdad sehingga beliau telah mengalahkan pemimpin-pemimpin(umara’),kedudukan pembesar-pembesar ulama’ dan darul khilafah.Walaupun begitu,beliau tidak pernah berhenti menuntut ilmu.(Ghazali,2002:4)
Pada bulan Rejab tahun 488 Hijrah,telah berlaku peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan tugasnya dimana beliau tidak mampu lagi mengajar kerana kehilangan kata-kata.Setelah beliau bermuhasabah beliua mendapati bahawa niat dalam pengajaran dan beliau dapati beliau tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala,bahkan faktor dan penggerak utamannya ialah mengejar kemewahan serta menyebarkan nama baik beliau.setelah itu beliau bermujahadah kepada Allah agar dipulihkan dirinya supaya beliau mampu kembali mengajar pada suatu hari nanti untuk membaiki hati-hati manusia.(Ibrahim,1985:5)
Disebabkan peristiwa itu,beliau telah meninggalkan Baghdad pada bulan Zulkaedah pada tahun 488 Hijrah dan telah menunaikan haji di Mekah.Disana beliau telah menetap selama sepuluh tahun dan sebahagian waktunya di Baitul Maqdis.Kebanyakan waktu beliau digunakan untuk ber’uzlah ,khalwah dan bermujahadah diri.Beliau juga mensucikan dan menjernihkan hatinya dengan berzikir kepada Allah Ta’ala dan beliau beriktikaf di menara masjid Damsyik setiap hari.Selepas sepuluh tahun ber’uzlah Imam Al-Ghazali telah kembali ke negerinya iaitu Thus untuk meneruskan ‘uzlahnya.Pada bulan Zulkaedah tahun 499 Hijrah(1106M) beliau telah kembali mengajar di Madrasah An-Nazzamiyyah atas desakan para wali dan permintaan yang telah memasang azam,tekad dan niat untuk mengajari semata-mata kerana Allah dengan tekad memperbaiki dirinya sendiri dan orang lain.Beliau menatap dan mengajar di Nisabur dalam jangka masa yang singkat.Setelah itu beliau kembali ke rumahnya di Thus dan meninggal dunia di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah (18 Disember 1111M).(Ibrahim,1985:6)

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI
AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM
Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam.Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam.Dalam penulisan beliau,Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam.Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali.
Pernah disebut dalam sejarah,Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam.Jika dijemput ke majlis seperti itu,beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat.beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika itu.(Ibrahim,1985:17)
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam.Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah.Keduanya,perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf.Di antara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini,malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku.Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali,2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH
Pada mulanya,beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah.Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi.Imam Al-Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam,beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut.Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibok mengajar ilmu-ilmu agama.(Ibrahim,1985:22)
Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam.Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan.Pertama,golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini.Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat,kejadian dan anatomi manusia,tumbuhan serta haiwan.Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat.Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato,Aristotle dan Sukratus.Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik,Logik,Fizik,Metafizik,Politik dan etikaAntara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah,Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim,1985:26)

AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF
Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daeipada ahli sufi,beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar.Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin.Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.(Ghazali,2002:30)
Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin.Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini.Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu,Parsi,Urdu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.Selain itu,kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu.Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah.Kemudian para sahabat dan tabi’in.Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya.(Ibrahim,1985:55)
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf.Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.

KESIMPULAN
Setelah mengkaji dan mengetahui tenyang Imam Al-Ghazali,saya berasa amat kagum dengan ketokohan Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam kurun ke-5.Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan pengalaman pada zaman itu.Telah dinyatakan sebelum ini beliau bukanlah seorang penuntut ilmu yang hanya mampu mempelajari sesuatu ilmu daripada guru kemudian menulis dan menghafalnya sahaja,bahkan beliau telah pergi jauh sehingga mampu untuk mencungkil dan mengorek segala permasalahan dan segala kepincangandalam sesuatu bidang ilmu itu.Selain itu,apabila Al-Ghazali mendalami sesuatu bidang pengetahuan sudah pasti belilau menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut dengan izin Allah mengatasi cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang tersebut.Ini dapat dibuktikan dalam dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran-pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yang dikemukan oleh ilmuan yang terdahulu sebelumnya.Sekiranya baliau masih ada pada zaman ini,beliau pasti menjadiseorang tokoh ilmuan yang sangat hebat dari sudut ilmu dan pengalaman.Dengan kecanggihan ilmu teknologi dan komunikasi serta pemerolehan maklumat tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau umtuk menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang sahaja sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan masa kini.Tidak mustahil dengan kecanggihan ilmu yang ada,beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi,social,politik,hubungan antarabangsa,geografi,sains dan bidang-bidang lain.Pada zaman teknologi sekarang susah untuk kita menemui tokoh ilmuan yang sama seperti Imam Al-Ghazali.Beliau telah memberi sumbangan yang amat besar dalam agama Islam.Begitu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada umat Islam pada zaman beliau tetapi masih boleh digunakan sehingga sekarang.Kata Al-Alif As-Syadzali:”Aku pernah melihat Rasullah SAW dalam mimpi,beliau membaggakan Al-Ghazali kepada Nabi Isa dan Nabi Musa.Beliau bersabda:”Apakah di kalangan kamu berdua ada orang seperti Ghazali?”.Nabi Isa dan Musa menjawab:”Tidak ada”.Sebagai umat nabi Muhammad kita juga patut berbangga dengan Imam Al-Ghazali kerana mempunyai tokoh ilmuan seperti beliau.

RUJUKAN
Haron,Abdulfatah Ibrahim(1985).Al-Ghazali Penyelamat Dari Kesesatan,Cetakan Kedua.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ibnu Ghazali,Luqman(2002)Himpunan Kisah-Kisah Insan Berjiwa Cemerlang,Cetakan Pertama.
Kuala Lumpur:Jasmin Enterprise.
M.A,A.Hanafi(1981)Antara Imam Al-Ghazali Dengan Imam Ibnu Rusyd,Edisi Pertama.
Indonesia:Pustaka Alhusna.
Hamdan,Dr.Abdul Hamid Salih(1990)Imam Al-Ghazali Nasihat Dan Tuntutan,Cetakan Pertama.
Kuala Lumpur:Pustaka Al-Mizan.

Riwayat Hidup Saidatina Khadijah Dan Sumbangannya Kepada Islam

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Nama: Noor Zuhairah Izzati Binti Zulkiflee
No.Matrik: 2009264568

Tarikh: 12 Mac 2010

Fakulti: Sains Komputer Dan Matematik (Cs110)
Universiti Teknologi Mara

Abstrak
Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup menghayat hati. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifat-sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. dan peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S.A.W. cukup bahagia. Saidatina Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. Saidatina Khadijah telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Mu’minin, Thahirah, penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan-Nya.
Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu.
Kisah Saidatina Khadijah ini telah memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang Muslim itu.

PENDAHULUAN
Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya menguatkan Nabi Muhammad S.A.W. pada permulaan dakwah Islam. Saidatina Khadijah merupakan isteri pertama Nabi Muhammad S.A.W. dan juga wanita pertama yang beriman serta menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan dari Allah S.W.T. Di sini akan menceritakan mengenai riwayat hidup Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau wafat. Saidatina Khadijah memiliki peribadi yang luar biasa. Peribadinya yang cukup luar biasa ini memberi implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat pada zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia itu. Saidatina Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah Islam. Wanita yang agung bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam dari pelbagai aspek dan juga telah menyumbang ke arah kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan yang sangat cemerlang. Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari pendukung Islam dan kaum Muslim. Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak henti-hentinya dan selam tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina Khadijah mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini belum tentu wujud pada setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai hati dan jiwa yang suci, bersih dan terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia membuatkan dirinya lebih dihormati dan istimewa. Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau terhadap Allah S.W.T. amat teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina Khadijah ini seorang yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai umat Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani. Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup setiap manusia.

RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH

Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih 15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. (Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 2)

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 4) dan ( Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu,dalam membuat keputusan, beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya sendiri.( Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 16)
Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan dagangannya.(Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 5)

Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga,beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S.A.W. , Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S.A.W. Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S.A.W. dimana umur Saidatina Khadijah ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S.A.W. ialah 25 tahun.(Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri, suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S.A.W. telah memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga. Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya, bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang. Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S.W.T. Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di sekelilingnya.(Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim,diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W. wafat ketika Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup kecuali Siti Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya,Nabi Muhammad S.A.W.(Muhammad Al-Ghazaliy,1996: mukasurat 135)

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta berikan sesuatu,bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orang-orang Muslim. Selain itu,beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih.(Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S.A.W. dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah.(Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi,2009: mukasurat 311)

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM
Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.(Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan.(Syed A.A. Razwy,1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad S.A.W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira’ itu.(Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi,2009: 311-314)

Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu.(Syed A.A.Razwy,1993: mukasurat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S.A.W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada.(Muhammad Ali Quthub,1986: mukasurat 18-19)

KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya. Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu, kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad S.A.W.,keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S.W.T. Saidatina Khadijah juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

RUJUKAN
A.A.Razwy,Syed(1993). Khadijah Yang Agung,Jilid 1. Bandung : Mizan Anggota IKAPI,130.

Quthub,Muhammad Ali(1986). 12 Wanita Tauladan Dunia dan Akhirat,Jilid 2. Singapura : Pustaka Nasional Pte Lhd,168.

Al-Ghazaly,Muhammad(1996). Fiqhus Sirah,Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

An Nadwi,Maulana Syed Abul Hassan Ali(200). Sejarah Dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W. ,Jilid 1. Warisan Ilmu Publications.
Al-Quranul Karim, Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih,Darul Fikir.